Nuffnang Ads

Isnin, 8 September 2014

Bola Sepak : Kejohanan Piala AFC Bawah 16 Tahun

Pasukan Harimau Muda D di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, S.Balachandran kini sedang bersaing dalam Kejohanan Piala AFC bawah 16 tahun yang berlangsung di Thailand. Pasukan negara diundi bersama-sama pasukan tuan rumah, Thailand, Korea Selatan dan Oman dalam Kumpulan A. Setelah menghadapi 2 perlawanan, pasukan Harimau Muda D berjaya menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0 manakala dalam perlawanan kedua, pasukan negara tewas 0-1 kepada pasukan Korea Selatan. Pasukan muda negara harus menewaskan pasukan Oman bagi memastikan 2 slot pasukan ke suku akhir.

Jika dilihat berdasarkan prestasi semasa tidak mustahil pasukan muda negara mampu melakar kejayaan membanggakan buat negara. Pasukan ini dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam pembangunan bola sepak negara di masa hadapan. Bual Sukan berharap para pemain muda negara mampu bersaing di masa hadapan untuk meningkatkan mutu bola sepak negara.

2 ulasan:

  1. Tahniah. Dicadangkan pemain kebangsaan ini diberi taraf layanan profesional sebagai persediaan attitude mereka bersaing untuk mendapatkan lesen pemain profesional antarabangsa. Malaysia boleh berjaya dipentas dunia sekiranya memiliki pemain bertaraf dunia.

    BalasPadam
  2. Ada cadangan atau idea supaya skuad B16 ini dijaga kebajikan...ini memang benar. Satu lagi perlu diberi perhatian ialah sikap. Perlu diambil berat dan dijaga. Andai kata pemain2 ini diambil nti mewakili kelab (patut dielakkan berlaku) yang mana kita bimbang akan timbul perubahan sikap, rasa bangga diri dan berbelah bagi mahu menjaga prestasi dan tahap kesihatan kecergasan utk mewakili kelab yang lebih menjurus kepada habuan gaji umpanya. Apa jaminan yang mereka ini akan kekal setia dan bersungguh2 bermain seperti sekarang dengan bermain apabila sudah dipancing oleh mana2 kelab kelak? Kita bimbang akan berlaku perubahan seperti ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa