Nuffnang Ads

Ahad, 7 September 2014

Bola Sepak : Senarai 20 Pemain Bola Sepak Malaysia ke Sukan Asia 2014

Pasukan Malaysia kini dalam rangka persiapan mempersiapkan diri menghadapi Sukan Asia 2014 yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan. Selepas mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Yaman pada 6 September 2014 (Sabtu) di mana pasukan negara tewas 0-1, pasukan bola sepak Sukan Asia 2014 di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan menghadapi pasukan China sebelum berlepas ke Korea Selatan. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan tuan rumah, Korea Selatan serta pasukan Arab Saudi dan Laos.

Pasukan negara dijadualkan bertemu pasukan Korea Selatan pada 14 September diikuti pertemuan menentang Laos (17 September) dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan menentang pasukan Arab Saudi (21 September). Pasukan negara membariskan 17 pemain bawah 23 tahun manakala 3 lagi pemain senior. Ketua Pasukan Kebangsaan yang juga pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan akan mengetuai barisan pasukan negara bersama-sama dengan 2 pemain senior yang lain iaitu Brendan Gan dan Nor Farhan Mohamad. 


Berikut adalah senarai 20 pemain yang bakal menggalas cabaran pasukan bola sepak negara dalam Sukan Asia 2014 akan datang :
 
PENJAGA GOL

Izham Tarmizi Roslan, Farhan Abu Bakar 

PERTAHANAN
Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Amer Saidin, Shahrul Saad, Nazirul Naim, Zubir Azmi, Fandi Othman

TENGAH
Junior Eldstal, Nazmi Faiz, Gary Stevan Robbat, Saiful Ridzwan Selamat, Amirul Hisyam Awang Kechik, Azril Nasrulhaq, Brendan Gan, Ashri Chuchu

PENYERANG
Norfarhan Mohamad, Ahmad Hazwan Bakri, Ferris Daniel Mat Nasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa