Nuffnang Ads

Jumaat, 26 September 2014

Bola Sepak : Senarai 22 Pemain Harimau Malaya ke Piala AFF Suzuki 2014

Pasukan bola sepak kebangsaan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman Dollah Salleh kini dalam rangka persiapan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung di Vietnam dan Singapura pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang. Pasukan Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan juara bertahan edisi lalu Singapura serta Thailand dan Myanmar.

Berikut adalah senarai 22 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala AFF Suzuki 2014 akan datang :

PENJAGA GOL
Mohd Farizal bin Marlias (Selangor), Khairul Fahmi bin Che Mat (Kelantan), Khairul Azhan (Pahang)  

PERTAHANAN
Mohamad Azmi bin Muslim (Selangor), Mahalli bin Jasuli, Mohamad Fadhli bin Mohd Shas (JDT FC), Mohamad Muslim bin Ahmad, Mohd Afif bin Amiruddin (PDRM FA), Muhammad Zubir bin Mohd Azmi (Terengganu), Muhammad Shukor bin Adan (Felda United),  

TENGAH
Kunanlan A/L Subramaniam (Selangor), Mohd Badhri bin Mohd Radzi (Kelantan), Safiq bin Rahim (JDTFC), Mohd Hafiz bin Kamal, Azammudin bin Mohd Akhil (Pahang), Indra Putra bin Mahayuddin (Felda United), Baddrol bin Bakhtiar (Kedah), Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)

PENYERANG
Mohd Amri bin Yahyah, Norshahrul Idlan bin Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali (JDTFC), Abdul Manaf bin Mamat (Terengganu)
* Kemaskini pada 17 November 2014

1 ulasan:

  1. Mampukah Dollah Salleh memimbing Harimau Malaya sampai di puncak???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa