Nuffnang Ads

Sabtu, 6 September 2014

Bola Sepak : Sukan Asia 2014 - Incheon, Korea Selatan

Sukan Asia 2014 akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada 19 September hingga 4 Oktober 2014 akan datang. Sukan Asia 2014 merupakan kejohanan Edisi kali ke-17. Antara acara yang pastinya menjadi tumpuan ialah bola sepak lelaki yang dijadualkan bermula lebih awal pada 14 September hingga 3 Oktober 2014. Pasukan Malaysia akan turut serta pada acara ini di mana barisan anak buah Datuk Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda A telah diundi bersama-sama dengan pasukan tuan rumah, Korea Selatan selain pasukan Arab Saudi dan Laos.

Pasukan negara akan diwakili oleh 20 orang pemain terdiri daripada 17 pemain bawah 23 tahun manakala 3 lagi adalah pemain pasukan senior negara. Pasukan negara dijadualkan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan bertemu pasukan tuan rumah Korea Selatan pada 14 September 2014 diikuti pertemuan dengan pasukan Laos (17 September) dan menutup kempen peringkat kumpulan dengan bertemu Arab Saudi (21 September). Laluan ke pusingan kedua dilihat sukar namun dengan prestasi semasa serta gabungan antara pemain berpengalaman dan pemain-pemain muda tidak mustahil pasukan negara mampu melangkah lebih jauh.

Berikut adalah keputusan undian kumpulan Sukan Asia 2014 bagi acara bola sepak lelaki akan datang :

Kumpulan A: Korea Selatan, Malaysia, Arab Saudi, Laos

Kumpulan B: Uzbekistan, Hong Kong, Bangladesh, Afghanistan

Kumpulan C: Oman, Palestin, Singapura, Tajikstan

Kumpulan D: Jepun, Kuwait, Iraq, Nepal

Kumpulan E: Thailand, Maldives, Timor Leste, Indonesia

Kumpulan F: Korea Utara, China, Pakistan

Kumpulan G: UAE, India, Jordan

Kumpulan H: Iran, Vietnam, Kyrgyzstan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa