Nuffnang Ads

Khamis, 25 September 2014

Bola Sepak : Undian Pusingan Keempat Capital One Cup 2014/15

Piala Liga Inggeris atau Capital One Cup 2014/15 telah memasuki pusingan keempat dengan 16 pasukan akan bersaing untuk ke pusingan kelima atau pusingan suku akhir. Pasukan Juara Bertahan, Manchester City pastinya akan mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi musim lalu. Namun pasukan gergasi lain seperti Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan pasukan-pasukan lain pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan The Citizens mempertahankan kejuaraan mereka.

Berikut adalah undian pusingan keempat yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2014 akan datang :   

Tottenham Hotspur lwn Brighton & Hove Albion

Stoke City lwn Southampton

AFC Bournemouth lwn West Bromwich Albion

Shrewsbury Town lwn Chelsea

Liverpool lwn Swansea City

Milton Keynes Dons lwn Sheffield United

Manchester City lwn Newcastle United

Fulham lwn Derby County

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa