Nuffnang Ads

Khamis, 18 September 2014

Bual Sukan : Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan

Sukan Asia 2014 akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan secara rasminya pada 19 September 2014 hingga 4 Oktober 2014. Sukan Asia 2014 merupakan kejohanan edisi ke 17 sejak ianya mula dianjurkan pada tahun 1951 di New Delhi, India. Ia merupakan temasya sukan terbesar di Asia melibatkan penyertaan negara-negara Asia. Negara-negara bertanding akan bersaing dalam 439 acara dari 36 jenis sukan dari pelbagai disiplin.

Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan telah memilih 3 ekor anjing laut sebagai maskot yang diberi nama sebagai Barame, Chumaro dan Vichuon. Slogan yang digunakan dalam Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan pula ialah "Diversity Shines Here" atau "Kepelbagaian Bersinar Di Sini".

Semoga temasya sukan kali ini menjanjikan kejayaan bermakna kepada semua atlet yang bertanding untuk pasukan negara masing-masing dengan tidak melupakan semangat kesukanan yang tinggi. Bual Sukan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada barisan atlet dan pegawai-pegawai sukan negara yang akan ke temasya Sukan Asia 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa