Nuffnang Ads

Selasa, 16 September 2014

Futsal : Kejohanan Futsal Piala AFF 2014

Kejohanan Futsal Piala AFF 2014 akan berlangsung pada 19 hingga 27 September 2014 di Stadium Melawati, Shah Alam melibatkan penyertaan 10 buah negara. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi ke 11 sejak ianya diadakan pada tahun 2001. Pasukan Thailand merupakan juara bertahan edisi yang lalu pastinya menjadi pilihan mengekalkan penguasaan mereka dalam arena futsal di kalangan negara-negara ASEAN. Pasukan Malaysia selaku tuan rumah juga pastinya berusaha mempamerkan persembahan terbaik sekaligus bersaing merebut kejuaraan tahun ini.

10 negara telah dibahagikan dalam 2 kumpulan di mana pasukan futsal kebangsaan diundi bersama-sama dengan pasukan Indonesia, Brunei, Timor-Leste dan Australia dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Myanmar, Vietnam, Laos, Filipina dan Thailand. Pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan ke separuh akhir. 

Berikut adalah kumpulan serta jadual perlawanan Futsal Piala AFF 2014 akan datang :

KUMPULAN A :


19 September 2014
Malaysia lwn Indonesia (1-6)
Brunei lwn Timor-Leste (0-2)

20 September2014  
Timor-Leste lwn Australia (0-9)
Brunei lwn Malaysia (1-6)

21 September 2014
Australia lwn Brunei (13-0)
Indonesia lwn Timor-Leste (14-3)

22 September2014
Brunei lwn Indonesia (1-15)
Malaysia lwn Australia (0-3)

23 September 2014
Timor-Leste lwn Malaysia (2-12)
Indonesia lwn Australia (4-1)

KUMPULAN B :


19 September 2014
Myanmar lwn Vietnam (1-6)
Laos lwn Filipina (4-4)

20 September2014  
Filipina lwn Thailand (1-16)
Laos lwn Myanmar (0-6)

21 September 2014
Thailand lwn Laos (11-1)
Vietnam lwn Filipina (11-1)

22 September2014  
Laos vs Vietnam (0-18)
Myanmar lwn Thailand (4-5)

23 September 2014
Filipina lwn Myanmar (2-20)
Vietnam lwn Thailand (2-0)

SEPARUH AKHIR

25 September 2014
Indonesia lwn Thailand (0-1)
Vietnam lwn Australia (3-4)

27 September 2014
 Indonesia lwn Vietnam (Penentuan Tempat 3 & 4)
Thailand lwn Australia (Penentuan Juara)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa