Nuffnang Ads

Isnin, 15 September 2014

Hoki : Senarai 16 Pemain Hoki Malaysia ke Sukan Asia 2014

Pasukan Hoki Negara kini dalam fasa terakhir persiapan menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang dijadualkan bermula pada 19 September hingga 4 Oktober 2014 akan datang. Pasukan Hoki Lelaki Negara di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj pastinya ingin melupakan detik hitam hoki negara setelah mengalami kemerosotan dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda. 

Pasukan Hoki Lelaki negara yang juga merupakan pemenang pingat perak pada edisi Sukan Asia 2010 di India yang lalu pastinya akan berusaha mengulangi pencapaian ke perlawanan akhir. Namun begitu saingan dijangka sengit apabila pasukan Hoki Lelaki Negara diundi bersama pasukan tuan rumah, Korea Selatan, Jepun, Bangladesh dan Singapura. Pasukan Negara akan memulakan cabaran dengan menentang Singapura (20 September), Bangladesh (21 September), Korea Selatan (25 September) dan Jepun (27 September)


Pasukan Hoki Wanita negara pula di bawah bimbingan bekas penjaga gol kebangsaan, Nasihin Nubli diundi bersama-sama dengan pasukan China, India dan Thailand. Pasukan Hoki Wanita negara tidak mustahil mampu melakar kejutan serta melangkah jauh jika segala perancangan strategi dan taktikal negara berhasil. Pasukan Hoki Wanita negara dijadualkan bertemu China (22 September), Thailand (24 September) dan India (26 September).


Berikut adalah senarai nama 16 pemain pasukan hoki lelaki dan wanita negara yang bakal menggalas tugas serta cabaran dalam Sukan Asia 2014 : Incheon, Korea Selatan akan datang :

SENARAI PEMAIN HOKI LELAKI NEGARA

Muhammad Marhan b. Mohd Jalil (6)
Fitri Saari (7)
Izwan Firdaus b. Ahmad Tajuddin (8)
Mohd Shahrun Nabil b. Abdullah (11)
Mohamad Sukri Abdul Mutalib (12)
Muhammad Firhan b. Ashaari (13)
Azlan Misron (14) - Ketua Pasukan 
Nabil Fiqri Mohd Noor (15)
Kumar Subramaniam (16) - Penjaga Gol
Muhammad Razie b. Abdul Rahim (17)
Faiz Helmi b. Jali (18)
Meor Muhammad Azuan b. Hassan (20)
Tengku Ahmad Tajudin b. Abdul Jalil (23)
Ahmad Kazamirul b. Nasruddin (25)
Muhammad Shahril b. Saabah (26)
Mohammad Izad Hakimi b. Jamaluddin (30)

SENARAI PEMAIN HOKI WANITA NEGARA

Farah Ayuni Yahya (1) - Penjaga Gol
Nor Hasikin Halim (2)
Nurul Nabiha Mansur (4)
Norhasliza bt. Md Ali (5)
Raja Norsharina Raja Shabuddin (6)
Siti Noor Amarina Ruhani (7)
Juliani Mohamad Din (8)
Norbaini Hashim (9)
Siti Shahida Saad (10)
Norazlin Sumantri (11)
Nuraini bt. Abdul Rashid (13)
Nadia Abdul Rahman (14) - Ketua Pasukan
Nurul Shafiqah bt. Mat Isa (16)
Fazilla Sylvester Silin (19)
Siti Noor Hafiza Zainordin (20) - Penjaga Gol
Rabiatul Adawiyah Mohamed (23)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa