Nuffnang Ads

Khamis, 18 September 2014

Sukan Asia 2014 : Malaysia Sasar 8 Pingat Emas

Kontijen Negara menetapkan sasaran 8 pingat emas dalam Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan yang dijadualkan bermula pada 19 September 2014 hingga 4 Oktober 2014 akan datang. Sasaran ini dikira realistik memandangkan pasukan negara-negara Asia yang bertanding juga menghantar pasukan terbaik bersaing dalam setiap acara yang dipertandingkan. 

Pada pandangan Bual Sukan, antara acara yang boleh menyumbangkan emas kepada kontijen negara ialah Badminton, Skuasy, Boling, Acara Terjun, Karate, Hoki, Wusyu, Lumba Basikal dan tidak mustahil acara lain juga mampu melakar kejutan dengan sumbangan pingat emas negara. Semoga maju jaya Bual Sukan ucapkan kepada barisan kontijen negara ke Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan. Semoga berjaya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa