Nuffnang Ads

Khamis, 16 Oktober 2014

Bola Sepak : Juara Piala AFF Suzuki 1996 - 2012

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 merupakan kejohanan edisi ke 10 sejak ianya mula dipertandingkan pada tahun 1996. Kejohanan ini dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger (1996, 1998, 2000, 2002, 2004) dan Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada tahun 2007 sebelum dikenali sebagai Piala AFF Suzuki pada tahun 2008. Pasukan Thailand merupakan pasukan yang muncul juara kejohanan edisi pertama pada tahun 1996. 

Sepanjang 9 edisi kejohanan yang lalu, Pasukan Singapura merupakan pasukan yang paling banyak muncul juara iaitu sebanyak 4 kali (1998, 2002, 2004 & 2012), diikuti pasukan Thailand 3 kali (1996, 2000, 2002) manakala Vietnam (2008) dan Malaysia (2010) masing-masing sekali.

Berikut adalah juara-juara edisi lalu :

1996 : Thailand
1998 : Singapura
2000 : Thailand
2002 : Thailand
2004 : Singapura
2007 : Singapura
2008 : Vietnam
2010 : Malaysia
2012 : Singapura

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa