Nuffnang Ads

Ahad, 19 Oktober 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014

Saingan Bola Sepak kebanggaan negara, Piala Malaysia 2014 semakin menuju ke kemuncaknya apabila telah memasuki pusingan separuh akhir. 4 pasukan yang mengesahkan kemaraan iaitu Juara Liga Super 2014 Johor Darul Ta'zim FC, Juara Piala FA 2014, Pahang, finalis dan Naib Juara Piala FA 2014 Felda United serta pasukan Juara treble 2008 dan 2009, Kedah. 

Keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing dan peluang melangkah ke perlawanan akhir pada 1 November 2014 akan datang terbuka buat keempat-empat pasukan ini. Namun begitu, ianya terpulang kepada pasukan masing-masing mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Separuh Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2014 bagi Separuh Akhir Pertama manakala 24 dan 25 Oktober 2014 untuk perlawanan Separuh Akhir Kedua. 


Berikut adalah Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 :

Separuh Akhir Pertama

19 Oktober 2014 (Ahad)
Kedah lwn Pahang (3-1)

Kedah : Namkung Wong, Farhan Roslan, Khairyll Muhaimeen
Pahang : Matias Conti

20 Oktober 2014 (Isnin)
Felda United lwn Johor Darul Ta'zim FC (4-3)
Felda United : Edward Junior Wilson, Syamim Yusof, Ndumba Makache (2)
JDT FC : Jorge Pareyra Diaz (2), Luciano Figeroa


Separuh Akhir Kedua

24 Oktober 2014 (Jumaat)
Pahang lwn Kedah (5-0)

Pahang : Matias Conti (3), R.Gopinathan (2)
(Pahang layak ke Perlawanan Akhir dengan agregat 6-3)

25 Oktober 2014 (Sabtu)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Felda United (3-1)
JDT FC : Luciano Figeroa (2), Mohd. Amri Yahyah
Felda United : Raimi Mohd. Nor
(JDT FC layak ke Perlawanan Akhir dengan agregat 6-5) 

* Kemaskini pada 24 Oktober 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa