Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Oktober 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Kejohanan Bola Sepak Kebanggaan negara Piala Malaysia 2014 semakin rancak dengan perlawanan telah memasuki peringkat Suku Akhir Kedua. Perlawanan yang pada asalnya dijadualkan pada 17 & 18 Oktober 2014 telah dipinda kepada 10, 11 dan 16 Oktober 2014 dengan perlawanan persahabatan antarabangsa yang dirancang pada 11 Oktober 2014 menentang pasukan Filipina terpaksa ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminda tarikh perlawanan adalah bagi membolehkan pasukan Harimau Malaya diberi masa untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan datang.

Walau apapun alasan, perubahan jadual ini nyata tidak menyenangkan segelintir pihak. Namun saingan tetap perlu diteruskan bagi 8 pasukan yang masih bersaing merebut 4 slot ke peringkat separuh akhir nanti. Daripada 4 perlawanan, jika dilihat daripada keputusan perlawanan Suku Akhir Pertama pada 3 Oktober lalu, peluang Felda United ke separuh akhir dilihat cerah di mana mereka berkelebihan 4 gol apabila menewaskan pasukan Gergasi Merah Selangor 4-0 di tempat lawan. Peluang pasukan-pasukan lain dilihat masih terbuka bergantung kepada keputusan perlawanan Suku Akhir Kedua. 

Berikut adalah keputusan Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 yang berlangsung pada 10, 11 dan 16 Oktober 2014 :

10 Oktober 2014 (Jumaat)
Felda United lwn Selangor (3-3)
Agregat : Felda United menang dengan agregat 7-3

Kedah lwn Kelantan (3-0)
Agregat : Kedah menang dengan Agregat 4-3

11 Oktober 2014 (Sabtu)
PDRM FA lwn Pahang (1-2) 
Agregat : Pahang menang dengan agregat 3-2 

16 Oktober 2014 (Khamis)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Terengganu (3-1)
Agregat : JDTFC menang dengan Agregat 3-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa