Nuffnang Ads

Ahad, 26 Oktober 2014

Bola Sepak : Laluan Johor Darul Ta'zim FC ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 dengan kemenangan 6-5 secara agregat mengatasi pasukan Felda United sekaligus bertemu dengan pasukan Juara Bertahan, Pahang. JDT FC yang juga merupakan pasukan Juara Liga Super 2014 adalah antara pasukan pilihan kerana mempunyai barisan pemain-pemain berstatus bintang selain mempunyai pemain-pemain import berkualiti membentuk pasukan yang mantap.

Kemaraan mereka ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 pastinya menjadikan ianya sejarah manis pasukan mereka apatah lagi pasukan Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Kelantan, ATM FA dan Pulau Pinang. Di peringkat suku akhir, JDT FC berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan agregat 3-1 dalam perlawanan yang beberapa kali jadualnya dipinda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga menimbulkan ketidakpuashatian pasukan Terengganu. 

Berikut adalah Laluan Pasukan JDT FC ke Perlawanan Akhir 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 1 November 2014 akan datang :

Saingan Kumpulan

13 Ogos 2014 - Kelantan : Gelanggang Sendiri (menang 1-0) 
19 Ogos 2014 - ATM FA : Gelanggang Sendiri (seri 0-0)
22 Ogos 2014 : Pulau Pinang : Gelanggang Lawan (menang 3-1)
26 Ogos 2014 : Pulau Pinang : Gelanggang Sendiri (menang 5-0)
29 Ogos 2014 : ATM FA : Gelanggang Lawan (menang 1-0)
2 September 2014 : Kelantan : Gelanggang Lawan (menang 3-0)

* JDT FC ke Suku Akhir selaku Juara Kumpulan C

Suku Akhir

3 Oktober 2014 : Terengganu : Gelanggang Lawan (Seri 0-0)
16 Oktober 2014 : Terengganu : Gelanggang Sendiri (Menang 3-1)

** JDT FC ke Separuh Akhir dengan Agregat 3-1 

Separuh Akhir

19 Oktober 2014 : Kedah : Gelanggang Lawan (tewas 4-3)
24 Oktober 2014 : Kedah : Gelanggang Sendiri (menang 3-1)

*** JDT FC ke Perlawanan Akhir dengan Agregat 6-5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa