Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Oktober 2014

Bola Sepak : Laluan Pahang ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Pasukan Pahang atau nama gelaran mereka Pasukan Tok Gajah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 pada 1 November 2014. Ini sekaligus mengulangi pencapaian tahun lalu di mana mereka berjaya ke perlawanan akhir seterusnya muncul juara Piala Malaysia 2013. Laluan pasukan Pahang ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 cukup berliku apabila mereka menamatkan aksi saingan peringkat kumpulan sebagai naib juara Kumpulan A di belakang pasukan Felda United. 

Di peringkat suku akhir, mereka bertemu dengan pasukan Juara Liga Premier 2014 yang juga Juara Kumpulan D, PDRM FA. Pasukan Tok Gajah berjaya melangkah ke Separuh Akhir dengan kemenangan agregat 3-2 mengatasi cabaran berliku pasukan PDRM FA. Di peringkat Separuh Akhir mereka bertemu dengan pasukan Helang Merah, Kedah di mana mereka tewas pada saingan pertama di Stadium Darul Aman tetapi bangkit bergaya menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 5-0 sekaligus mara dengan Agregat 6-3.

Berikut adalah laluan pasukan Tok Gajah ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 :

Saingan Kumpulan

13 Ogos 2014 - Johor Darul Ta'zim FA : Gelanggang Sendiri (menang 4-0) 
19 Ogos 2014 - Singapore Lions XII : Gelanggang Lawan (menang 2-1)
22 Ogos 2014 : Felda United : Gelanggang Sendiri (tewas 2-3)
26 Ogos 2014 : Felda United : Gelanggang Lawan (menang 2-0)
29 Ogos 2014 : Singapore Lions XII : Gelanggang Sendiri (tewas 1-2)
2 September 2014 : Johor Darul Ta'zim FA : Gelanggang Lawan (seri 1-1)

* Pahang ke Suku Akhir selaku Naib Juara Kumpulan A

Suku Akhir

3 Oktober 2014 : PDRM FA : Gelanggang Sendiri (Seri 1-1)
11 Oktober 2014 : PDRM FA : Gelanggang Lawan (Menang 2-1)

** Pahang ke Separuh Akhir dengan Agregat 3-2 

Separuh Akhir

19 Oktober 2014 : Kedah : Gelanggang Lawan (tewas 1-3)
24 Oktober 2014 : Kedah : Gelanggang Sendiri (menang 5-0)

*** Pahang ke Perlawanan Akhir dengan Agregat 6-3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa