Nuffnang Ads

Isnin, 27 Oktober 2014

Bola Sepak : Pemain Tumpuan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 pada 1 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menemukan 2 pasukan yang memiliki kelas yang tersendiri di mana kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan juara. Pahang atau pasukan Tok Gajah merupakan juara bertahan edisi 2013 selain berjaya muncul Juara 2 Piala iaitu Piala Sultan Hj. Ahmad Shah dan Juara Piala FA 2014 manakala Johor Darul Ta'zim FC atau Harimau Selatan pula merupakan pasukan Juara Liga Super 2014. Kedua-dua pasukan ini juga mempunyai deretan bintang-bintang bola sepak tempatan selain mempunyai barisan pemain-pemain import yang berkualiti.

Peluang kedua-dua pasukan meraih kejuaraan Piala Malaysia 2014 adalah seimbang namun segala akan terjawab dalam aksi perlawanan akhir pada 1 November ini. Pada pandangan Bual Sukan, peminat bola sepak tanah air pastinya akan disajikan dengan permainan berkualiti kedua-dua pasukan dan pasukan yang berjaya memanfaatkan segala peluang penyudah di depan gawang lawan pastinya akan merangkul kejuaraan tahun ini. Berikut adalah antara pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam perlawanan akhir akan datang :

Pahang : Matias Conti, Dickson Nwakaeme, R.Gopinathan

Johor Darul Ta'zim FC : Luciano Figeroa, Jorge Pareyra Diaz, Mohd. Amri Yahyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa