Nuffnang Ads

Rabu, 22 Oktober 2014

Bola Sepak : Pemain Tumpuan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2014 ini dengan kelebihan kini milik 2 pasukan tuan rumah Separuh Akhir Pertama iaitu Kedah dan Felda United. Namun 2 pasukan tuan rumah pusingan kedua iaitu Pahang dan Johor Darul Ta'zim FC pastinya tidak memberi laluan mudah apatah lagi beraksi di perlawanan akhir adalah sasaran utama mereka. 90 minit masa perlawanan merupakan penentu kemaraan keempat-empat pasukan. Ketua Jurulatih pasukan masing-masing pastinya akan mengatur strategi masing-masing bagi memastikan pasukan mereka ke pentas perlawanan akhir pada 1 November 2014 akan datang.

Pemain-pemain yang diberi tanggungjawab di atas padang pastinya ingin mempamerkan persembahan terbaik masing-masing mengikut peranan yang diberi. Semua pemain pastinya memberikan permainan hebat namun begitu pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam Separuh Akhir Kedua akan datang :

Pahang : Matias Conti, Dickson Nwakaeme, Azamudin Akil

Kedah : Billy Mehmet, Baddrol Bakhtiar, Namkung Wong

Johor Darul Ta'zim FC : Luciano Figeroa, Safiq Rahim, Amri Yahyah

Felda United : Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahyuddin, Shukor Adan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa