Nuffnang Ads

Rabu, 15 Oktober 2014

Bola Sepak : Pencapaian Malaysia di Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh kini dalam persediaan menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang di Vietnam dan Singapura. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Juara Bertahan yang juga Juara sebanyak 4 kali, Singapura serta juara 3 kali Thailand. Manakala satu lagi pasukan adalah juara peringkat kelayakan Piala AFF Suzuki 2014 yang sedang berlangsung di Laos.

Kejohanan ini yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger (1996, 1998, 2000, 2002, 2004), Kejohanan Bola Sepak ASEAN (2007) sebelum ditukar kepada Piala AFF Suzuki bermula pada tahun 2008 hingga kini. Pencapaian terbaik pasukan Harimau Malaya adalah muncul juara pada tahun 2010 yang pada ketika itu di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Datuk K.Rajagopal.

Berikut adalah pencapaian pasukan Malaysia dalam saingan peringkat ASEAN :

1996 : Naib Juara
1998 : Peringkat Kumpulan
2000 : Tempat Ketiga
2002 : Tempat Keempat
2004 : Tempat Ketiga
2007 : Separuh Akhir
2008 : Peringkat Kumpulan
2010 : Juara
2012 : Separuh Akhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa