Nuffnang Ads

Jumaat, 24 Oktober 2014

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Malaysia di Piala AFF Suzuki 1996 - 2012

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan bermula tidak lama lagi dengan 8 pasukan yang bersaing kini masing-masing dalam fasa mempersiapkan pasukan terbaik masing-masing untuk menghadapi kejohanan ini. Pasukan Harimau Malaya kini sedang menunggu musim Liga Malaysia 2014 tamat pada 1 November 2014 sebelum senarai pemain yang bakal menggalas tugasan di Piala AFF Suzuki disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Negara, Dollah Salleh.

Tugasan ini pasti sukar apatah lagi pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan 3 lawan yang cukup hebat iaitu Juara Bertahan yang juga Juara Terbanyak Piala AFF Suzuki, Singapura, Juara 3 kali Thailand serta Juara Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014, Myanmar yang merupakan lawan yang sukar ditewaskan. Dalam kejohanan-kejohanan lalu, antara posisi pemainan yang perlu diberikan tumpuan adalah, posisi serangan. Pasukan negara kini dilihat tidak mempunyai pemain serangan yang berbisa. Namun begitu, kemampuan Dollah Salleh mengasah ketajaman penyudah penyerang negara pastinya akan diperlihatkan dalam kejohanan ini.

Untuk kejohanan tahun ini, siapakan penyerang Malaysia yang mampu merobek gawang pasukan lawan? Sebagai imbasan, berikut adalah senarai penjaring terbanyak negara sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki berlangsung bermula pada tahun 1996 hingga 2012 :

1996 : K.Sambagamaran (6 Gol)
1998 : - (Malaysia tidak menjaringkan sebarang Gol pada Kejohanan 1998)
2000 : Rusdi Suparman (4 Gol)
2002 : Indra Putra Mahyuddin (4 Gol)
2004 : Muhammad Khalid Jamlus (6 Gol)
2007 : Hairuddin Omar (2 Gol)
2008 : Indra Putra Mahyuddin (3 Gol)
2010 : Mohd. Safee Mohd. Sali (5 Gol)
2012 : Khyril Muhymeen, Azamuddin Akil, Wan Zack Haikal, Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Safee Mohd. Sali (masing-masing berkongsi 1 Gol)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa