Nuffnang Ads

Sabtu, 25 Oktober 2014

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014

Saingan Bola Sepak kebanggaan negara, Piala Malaysia 2014 semakin menuju ke kemuncaknya apabila juara bertahan 2013, Pahang akan beraksi dalam perlawanan akhir bertemu pasukan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) pada 1 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan ini nyata mempamerkan persembahan mantap dan memukau untuk melangkah ke perlawanan akhir menewaskan 2 lagi pasukan iaitu Kedah dan Felda United. 

Saingan perlawanan akhir 2014 pastinya sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan pilihan sejak kempen Piala Malaysia 2014 bermula. Pahang selaku juara bertahan merupakan Juara Piala FA 2014 serta Piala Sultan Ahmad Shah 2014 manakala JDT FC pula adalah Juara Liga Super 2014. Pahang pastinya ingin menggapai dan mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki manakala JDT FC pula pastinya ingin melakar sejarah tersendiri muncul juara berganda tahun ini.

Bual Sukan menjangkakan saingan kedua-dua pasukan pastinya sengit dan peminat bola sepak tempatan terutamanya penyokong Pahang dan JDT FC pastinya mengharapkan aksi yang mantap dalam perlawanan akhir akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa