Nuffnang Ads

Isnin, 6 Oktober 2014

Bola Sepak : Persahabatan Antarabangsa Malaysia - Filipina

Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Ketua Jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh kini dalam persiapan memantapkan pasukan sebelum menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung 22 November - 20 Disember 2014 akan datang. Vietnam dan Singapura menjadi tuan rumah kejohanan kali ini. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan juara bertahan, Singapura serta juara 3 kali kejohanan Thailand dan pasukan juara pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2014.

Dollah Salleh telah mengumpulkan senarai pemain terbaik negara bagi menghadapi Piala AFF Suzuki 2014 dan dijadualkan menentang pasukan The Azkals Filipina pada 11 Oktober 2014 di Stadium Shah Alam. Namun begitu perlawanan ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Pasukan Filipina yang juga dalam rangka persiapan menghadapi kejohanan yang sama di mana mereka diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Indonesia dan pasukan Naib Juara Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014. Filipina yang satu ketika dahulu adalah antara pasukan yang lemah kini merupakan antara pasukan Asia Tenggara yang sukar dijinakkan. Malah kedudukan ranking mereka juga lebih baik berbanding pasukan Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. 

Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan keempat bagi Dollah Salleh setelah dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya. Dalam 3 perlawanan persahabatan sebelum ini, Harimau Malaya sekadar mencatat 1 kemenangan menentang Kemboja (4-1) manakala 2 kekalahan dicatatkan menentang Tajikistan (1-4) dan Indonesia (0-2).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa