Nuffnang Ads

Selasa, 7 Oktober 2014

Bola Sepak : Pindaan Tarikh Perlawanan Piala Malaysia 2014

Saingan Piala Malaysia 2014 telah memasuki fasa suku akhir kedua di mana suku akhir pertama telah berlangsung pada 3 Oktober 2014 yang lalu. Perlawanan Suku Akhir Kedua yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober 2014 telah dipinda kepada 10, 11 dan 16 Oktober 2014. Tarikh Perlawanan Separuh Akhir pula dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober 2014 bagi Separuh Akhit Pertama manakala 24 dan 25 Oktober 2014 pula adalah bagi Separuh Akhir Kedua. Jadual Perlawanan Akhir pula telah ditetapkan pada 1 November 2014.

Pindaan tarikh ini adalah bagi memberikan lebih masa kepada pasukan Harimau Malaya yang kini dalam fasa persiapan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang. Semoga 8 pasukan yang masih bersaing dapat mempamerkan persembahan cemerlang bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia 2014.

Suku Akhir Kedua - 10 & 11 & 16 Oktober 2014

Separuh Akhir Pertama - 19 & 20 Oktober 2014

Separuh Akhir Kedua - 24 & 25 Oktober 2014

Perlawanan Akhir - 1 November 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa