Nuffnang Ads

Khamis, 2 Oktober 2014

Bola Sepak : Senarai 25 Pemain Bola Sepak Harimau Malaya bagi Menghadapi Perlawanan Persahabatan menentang Filipina

Pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh kini dalam misi mempersiapkan pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung di Vietnam dan Singapura. Pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Juara Bertahan, Singapura, Juara 3 kali Thailand serta pasukan yang muncul juara Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014 di yang akan berlangsung di Laos.

3 perlawanan persahabatan antarabangsa telah diadakan melibatkan pertemuan dengan Tajikistan (tewas 1-4), Indonesia (tewas 0-2) serta Kemboja (menang 4-1). Beberapa perlawanan persahabatan telah diatur bagi memantapkan pasukan negara melibatkan pertemuan dengan Filipina  yang dijadualkan pada 11 Oktober diikuti pertemuan dengan Syria (11 November) dan Vietnam (16 November). Pengumuman rasmi skuad negara akan diumumkan selepas perlawanan persahabatan tersebut. Berikut adalah senarai 25 pemain pasukan Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan pusat bagi untuk perlawanan menentang Filipina pada 11 Oktober 2014 akan datang :

PENJAGA GOL :

Mohd Farizal bin Marlias (Selangor), Khairul Fahmi bin Che Mat (Kelantan)

PERTAHANAN :

Mohd Bunyamin bin Umar, Mohamad Azmi bin Muslim (Selangor), Mahalli bin Jasuli, Mohamad Fadhli bin Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan bin Abdul Radzak (JDTFC), Mohamad Muslim bin Ahmad (PDRM FA), Muhammad Zubir bin Mohd Azmi (Terengganu), Muhammad Shukor bin Adan (Felda United)  

TENGAH :

Kunanlan A/L Subramaniam (Selangor), Mohd Badhri bin Mohd Radzi, Brendan Seng Ling Gan (Kelantan), Safiq bin Rahim (JDTFC), Mohd Afif bin Amiruddin, Ahmed Ezrie Shafizie bin Sazali (PDRM FA), Mohd Hafiz bin Kamal, Azammudin bin Mohd Akhil (Pahang), Indra Putra bin Mahayuddin (Felda United), Baddrol bin Bakhtiar (Kedah), Chanturu A/L Suppiah (Sarawak)   

PENYERANG :

Mohd Amri bin Yahyah, Norshahrul Idlan bin Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali (JDTFC), Abdul Manaf bin Mamat (Terengganu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa