Nuffnang Ads

Jumaat, 17 Oktober 2014

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki 1996 - 2012

Kejohanan Piala AFF Suzuki telah memasuki penganjuran buat kali ke 10 sejak ianya mula dipertandingkan pada tahun 1996. Kejohanan bola sepak berprestij ini melibatkan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN. Sepanjang 9 kejohanan lalu, pasukan Singapura muncul juara terbanyak iaitu sebanyak 4 kali diikuti oleh pasukan Thailand (3 kali) dan Vietnam dan Malaysia masing-masing sekali. 

Kejohanan juga menyaksikan peranan peledak berbisa merobek gawang lawan sekaligus membantu pasukan mencapai kejayaan. Berikut adalah senarai pemenang anugerah kasut emas atau penjaring terbanyak kejohanan sejak ianyanya mula dipertandingkan :

1996 : Netipong Srithong-Inn (Thailand) - 7 Gol
1998 : Myo Hlaing Win (Myanmar) - 4 Gol
2000 : Gendut doni Cristiawan (Indonesia), Worrawoot Srimaka (Thailand) - 5 Gol
2002 : Bambang Pamungkas (Indonesia) - 8 Gol
2004 : Ilham Jaya Kesuma (Indonesia) - 7 Gol
2007 : Noh Alam Shah (Singapura) - 10 Gol
2008 : Agu Cashmir (Singapura), Budi Sudarsono (Indonesia) Teerasil Dangda (Thailand) - 4 Gol 
2010 : Mohd. Safee Mohd. Sali (Malaysia) - 5 Gol
2012 : Teerasil Dangda (Thailand) - 5 Gol

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa