Nuffnang Ads

Selasa, 21 Oktober 2014

Bola Sepak : Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2014

Saingan bola sepak kebanggaan negara Piala Malaysia 2014 semakin menuju ke kemuncaknya dengan hanya satu lagi perlawanan bakal menentukan 2 pasukan yang bakal berentap di pentas perlawanan akhir yang dijadualkan pada 1 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan Separuh Akhir Kedua dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober ini di mana Juara Bertahan, Pahang menjadi tuan rumah kepada pasukan Helang Merah, Kedah pada 24 Oktober manakala Juara Liga Super 2014 yang juga pasukan pilihan, Johor Darul Ta'zim FC menjadi tuan rumah kepada pasukan Naib Juara Liga Premier 2014 dan Naib Juara Piala FA 2014, Felda United pada 25 Oktober 2014.

Dalam perlawanan Separuh Akhir Pertama pada 19 dan 20 Oktober 2015, pasukan tuan rumah iaitu Kedah dan Felda United yang kedua-dua pasukan ini beraksi dalam Liga Premier 2014 berjaya menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya mengejutkan pasukan lawan yang beraksi di Liga Super 2014. Paling mengejutkan ialah kemampuan anak-anak buah Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Kedah menang bergaya menewaskan Pahang dengan 3-1. Pasukan Felda United juga berjaya menewaskan Johor Darul Ta'zim FC dengan kelebihan 1 jaringan iaitu 4-3 walaupun bermain dengan 10 pemain.


Saingan ke peringkat akhir Piala Malaysia 2014 masih terbuka bagi keempat-empat pasukan dengan pasukan tuan rumah iaitu Pahang dan Johor Darul Ta'zim FC pastinya ingin mencari kemenangan selesa bertemu lawan masing-masing. Namun saingan pasukan Kedah dan Felda United pastinya sukar apatah lagi kedua-dua pasukan ini pastinya ingin mengekalkan kelebihan serta mencari bekalan gol di tempat lawan. Pasukan manakah yang bakal ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014? Segalanya akan terjawab dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua nanti. Kepada keempat-empat pasukan, selamat berjuang Bual Sukan ucapkan. Semoga peminat bola sepak tanahair disajikan persembahan berkualiti dengan semangat kesukanan yang tinggi serta mutu pengadilan yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa