Nuffnang Ads

Ahad, 12 Oktober 2014

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala Malaysia 2014

Keohanan Bola Sepak kebanggaan negara, Piala Malaysia 2014 semakin menuju ke kemuncaknya dengan perlawanan telah masuk ke pusingan separuh akhir. 3 pasukan telah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan 1 lagi bakal ditentukan antara pasukan Johor Darul Ta'zim FC dan Terengganu. 

Saingan separuh akhir nyata mengejutkan apabila 2 pasukan yang beraksi dalam Liga Premier 2014, Felda United dan Kedah berjaya menyekat kemaraan pasukan Liga Super 2014, Selangor dan Kelantan dengan penuh bergaya. Pasukan juara bertahan, Pahang juga berjaya ke separuh akhir apabila bertungkus lumus menewaskan pasukan Juara Liga Premier 2014, PDRM FA.


Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 19 & 20 Oktober untuk aksi Separuh Akhir Pertama manakala Separuh Akhir Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 24 & 25 Oktober 2015. Berikut ialah Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2014 akan datang :

Separuh Akhir Pertama

19 Oktober 2014 (Ahad)
Kedah lwn Pahang

20 Oktober 2014 (Isnin)
Felda United lwn Johor Darul Ta'zim FC 


Separuh Akhir Kedua

24 Oktober 2014 (Jumaat)
Pahang lwn Kedah

25 Oktober 2014 (Sabtu)
Johor Darul Ta'zim FC lwn Felda United 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa