Nuffnang Ads

Rabu, 1 Oktober 2014

Bola Sepak : Preview Suku Akhir Piala Malaysia 2014

Saingan piala bola sepak kebanggaan Malaysia, Piala Malaysia 2014 akan kembali setelah lebih kurang sebulan berehat bagi memberi laluan kepada kem latihan persiapan pasukan kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki 2014 serta bola sepak Sukan Asia 2014 - Incheon, Korea Selatan. 8 pasukan berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir di mana 5 dari Liga Super 2014 iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC), Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan manakala 3 lagi pasukan dari Liga Premier 2014 iaitu PDRM FA, Felda United dan Kedah.

Perlawanan Suku Akhir akan berlangsung pada 3 Oktober 2014 bagi suku akhir pertama manakala 10, 11 dan 16 Oktober 2014 bagi suku akhir kedua. Pasukan juara bertahan, Pahang pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun saingan dijangka getir dengan setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan tersendiri. Berikut adalah saingan suku akhir Piala Malaysia 2014 akan datang :
Selangor lwn Felda United

Selangor merupakan pasukan yang paling banyak memenangi Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali dan sedang dalam misi mencari kejuaraan kali ke 33 tahun ini. Menamatkan saingan Liga Super 2014 selaku naib juara di belakang pasukan JDT FC.

Ketua Jurulatih : Mehmet Durakovic
Ketua Pasukan : Bunyamin Omar
Pemain Tumpuan : Paolo Rangel, Andik Vermansyah, Farizal Marlias

Felda United merupakan pasukan Liga Premier 2014 di mana mereka berjaya menamatkan saingan Liga Premier 2014 selaku naib juara di belakang pasukan PDRM FA. Felda United bakal bersaing dalam Liga Super 2014 akan datang.

Ketua Jurulatih : Irfan Bakti Abu Salim
Ketua Pasukan : Shukor Adan
Pemain Tumpuan : Edward Junior Wilson, Zah Rahan Krangar, Indra Putra Mahyuddin

Kelantan lwn Kedah

Kelantan merupakan antara pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014. Menamatkan saingan Liga Super 2014 di tangga keenam serta terkandas di separuh akhir Piala FA 2014 kepada pasukan Felda United.

Ketua Jurulatih : George Boateng
Ketua Pasukan : Mohd. Badhri Mohd. Radzi
Pemain Tumpuan : Mohd. Badhri Mohd. Radzi, Wan Zaharulnizam, Brendan Gan

Pasukan Kedah merupakan antara pasukan Liga Premier 2014 yang berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Sekadar menamatkan saingan Liga Premier 2014 di tangga ke 4 di belakang pasukan PDRM FA, Felda United dan Pulau Pinang.

Ketua Jurulatih : Tan Cheng Hoe
Ketua Pasukan : Baddrol Bakhtiar
Pemain Tumpuan : Billy Mehmet, Baddrol Bakhtiar, Khairil Muhaymeen
  

Terengganu lwn Johor Darul Ta'zim FC

Terengganu merupakan antara pasukan terbaik Liga Malaysia di mana pasukan Sang Penyu berjaya menamatkan saingan Liga Super 2014 di kedudukan keempat keseluruhan di belakang JDT FC, Selangor dan Pahang.

Ketua Jurulatih : Hj. Abdul Rahman Ibrahim
Ketua Pasukan : Zairo Anuar Zailani
Pemain Tumpuan : Nor Farhan Mohammad, Ismail Faruqi, Zairo Anuar Zailani

JDT FC merupakan antara pasukan yang dilihat berpotensi besar mencabar kejuaraan Piala Malaysia 2014 di mana pasukan Harimau Selatan mempunyai barisan pemain-pemain yang mantap di segenap posisi. JDT FC berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2014 dengan bergaya tetapi sekadar menamatkan saingan Piala FA di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada pasukan Pahang.

Ketua Jurulatih : Bojan Hodak
Ketua Pasukan : Aidil Zafuan Abd. Razak
Pemain Tumpuan : Luciano Figeroa, Mohd. Amri Yahyah, Fadhli Saas 


Pahang lwn PDRM FA

Pahang merupakan juara bertahan Piala Malaysia 2013 di mana mereka juga adalah juara Piala Sultan Ahmad Shah 2014 atau Piala Sumbangsih 2014 serta Juara Piala FA 2014. Pasukan Tok Gajah menamatkan saingan Liga Super 2014 di tempat ketiga di belakang pasukan JDT FC dan Selangor.

Ketua Jurulatih : Zainal Abidin Hassan
Ketua Pasukan : Razman Roslan
Pemain Tumpuan : Matias Conti, Dickson Nwakaeme, Azamuddin Akil

PDRM FA merupakan Juara Liga Premier 2014 dan akan bersaing dalam Liga Super 2015 akan datang. Merupakan antara pasukan yang semakin meningkat naik dengan mempunyai barisan pemain yang mantap di setiap posisi.

Ketua Jurulatih : Azman Adnan
Ketua Pasukan : Muslim Ahmad
Pemain Tumpuan : Ali Ashfaq, Chad Souza, Muslim Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa