Nuffnang Ads

Sabtu, 4 Oktober 2014

Bual Sukan : Selamat Tinggal Incheon 2014 Jumpa di Jakarta 2018

Sukan Asia 2014 telahpun melabuhkan tirainya dengan seribu satu kenangan kepada keseluruhan kontijen negara-negara yang bertanding. Banyak catatan suka duka sepanjang temasya berlangsung. Seperti temasya-temasya Sukan Asia terdahulu, dominasi China nyata sukar digugat apabila mereka muncul juara keseluruhan meninggalkan pasukan tuan rumah, Korea selatan dan Jepun masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kontijen negara pula, sasaran 8 emas gagal dicapai apabila sekadar memungut 5 emas manakala emas wusyu pula ditarik balik akibat isu doping. Walaupun sekadar mengutip 5 emas, Bual Sukan percaya pihak bertanggungjawab pastinya akan merangka persiapan lebih rapi bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik 2016, Sukan Komanwel 2018 serta Sukan Asia 2018 akan datang. 

Sukan Asia ke 18 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada tahun 2018 akan datang. Selamat Tinggal Incheon 2014 dan Jumpa di Jakarta 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa