Nuffnang Ads

Jumaat, 10 Oktober 2014

Hoki : Hoki Piala Sultan Johor 2014

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 merupakan kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa bawah 21 tahun yang mana tahun ini merupakan kejohanan kali ke 4 sejak ianya mula diadakan pada tahun 2011. Kejohanan edisi keempat ini bakal melibatkan penyertaan 6 pasukan negara iaitu Malaysia selaku tuan rumah, India (Juara Edisi 2013), Pakistan, Australia, New Zealand dan juga Great Britain. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 12 Oktober hingga 19 Oktober 2014 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bharu, Johor.

Pasukan negara di bawah bimbingan Ketua Jurulatih berpengalaman, Arul Selvaraj pastinya menjadikan kejohanan ini sebagai medan untuk mencabar kejuaraan selain memantapkan pasukan muda negara. Bual Sukan berpandangan pasukan negara mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain dan seterusnya muncul juara buat kali kedua setelah memenanginya pada tahun 2011. 

Berikut adalah Jadual Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 akan datang :


12 Oktober 2014 (Ahad)
Great Britain lwn Pakistan
New Zealand lwn India
Malaysia lwn Australia

13 Oktober 2014 (Isnin)
Great Britain lwn India
Australia lwn Pakistan
Malaysia lwn New Zealand

15 Oktober 2014 (Rabu)
Australia lwn New Zealand
India lwn Pakistan 
Malaysia lwn Great Britain 

16 Oktober 2014 (Khamis)
New Zealand lwn Pakistan
Malaysia lwn India
Great Britain lwn Australia

18 Oktober 2014 (Sabtu)
Australia lwn India
Pakistan lwn Malaysia lwn 
New Zealand lwn Great Britain

19 Oktober 2014 (Ahad)
Penentuan Tempat Kelima/Keenam
Penentuan Tempat Ketiga/Keempat
Penentuan Juara/Naib Juara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa