Nuffnang Ads

Ahad, 23 November 2014

Bola Sepak : Copa America 2015

Kejohanan Bola Sepak 2015 Campeonato Sudamericano Copa América atau dikenali dengan 2015 Copa America merupakan kejohanan edisi ke 44 melibatkan 12 buah negara terdiri daripada 10 buah negara Zon CONMEBOL serta 2 pasukan jemputan iaitu Mexico dan Jamaica dari zon CONCACAF. Kejohanan Copa Amerika 2015 akan berlangsung di Chile bermula pada 11 Jun hingga 4 Julai 2015 akan datang di mana pasukan juara akan mewakili Zon CONMEBOL Ke Kejohanan Piala Konfederasi 2017 di Russia. 

Pasukan Uruguay merupakan juara bertahan edisi 2011 yang lalu pastinya sekali lagi berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki. Namun saingan pasukan lain terutamanya Naib Juara Piala Dunia 2014, Argentina, Pasukan Tuan Rumah Piala Dunia 2014, Brazil serta pasukan Colombia dan pasukan tuan rumah Chile merupakan antara pasukan yang pastinya mencabar kejuaraan kali ini. Undian peringkat Kumpulan Kejohanan Bola Sepak Copa Amerika 2015 akan diadakan pada 24 November 2014 akan datang. 

12 pasukan ini akan dibahagikan kepada 3 Kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara serta 2 pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir. Berikut adalah kedudukan Kumpulan Copa Amerika 2015 akan datang :


KUMPULAN A : Chile, Mexico, Ecuador, Bolivia
11 Jun 2015
Chile lwn Ecuador

12 Jun 2015
Mexico lwn Colombia

15 Jun 2015
Ecuador lwn Bolivia
Chile lwn Mexico

19 Jun 2015
Mexico lwn Ecuador
Bolivia lwn Chile


KUMPULAN B : Argentina, Uruguay, Paraguay, Jamaica
13 Jun 2015
Uruguay lwn Jamaica
Argentina lwn Paraguay

16 Jun 2015
Paraguay lwn Jamaica
Argentina lwn Uruguay

20 Jun 2015
Uruguay lwn Paraguay
Jamaica lwn Argentina


KUMPULAN C : Brazil, Colombia, Peru, Venezuela
14 Jun 2015
Colombia lwn Venezuela
Brazil lwn Peru

17 Jun 2015
Brazil lwn Colombia
Peru lwn Venezuela

21 Jun 2015
Colombia lwn Peru
Brazil lwn Venezuela

* Kemaskini pada 25 November 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa