Nuffnang Ads

Sabtu, 15 November 2014

Bola Sepak : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2014 telah diadakan pada 13 November 2014 yang lalu. Anugerah ini menobatkan mereka yang terlibat dengan Bola Sepak sama ada pemain, persatuan, jurulatih serta kelab penyokong terbaik sepanjang tahun 2014. 

Anugerah tahun ini menyaksikan pasukan Pahang yang juga juara Piala Malaysia 2014 merangkul 5 anugerah di mana penjaga gol mereka Khairul Azhan Khalid telah dinobatkan selaku pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai serta Penjaga Gol Terbaik. Semoga Anugerah ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan serta motivasi pemain-pemain dalam berjuang untuk pasukan masing-masing. 

Berikut adalah Senarai Pemenang Anugerah Bola sepak Kebangsaan 2014 :

Pemain Paling Bernilai: Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Azhan Khalid (Pahang) 
Pertahanan Terbaik: Mohd Razman Roslan (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radhzi (Kelantan) 
Penyerang Terbaik: Mohd Nor Farhan Mohd (Terengganu) 
Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (Maldives, PDRM) 
Pemain Muda Harapan: Muhammad Farhan Roslan (Kedah)
Jurulatih Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang)
Anugerah Fair Play: Terengganu
Persatuan Bola Sepak Terbaik: Pahang
Kelab Bola Sepak Terbaik: Johor Darul Ta'zim (JDT) 
Kelab Penyokong Terbaik: JDT
Anugerah Lagenda Harimau Malaya: Skuad Sukan Asia 1974 Tehran, Iran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa