Nuffnang Ads

Ahad, 16 November 2014

Bola Sepak : Bersediakah Harimau Malaya menghadapi Piala AFF Suzuki 2014

Pasukan Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Dollah Salleh kini dalam fasa terakhir menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan pada 22 November hingga 20 Disember 2014. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan Singapura, Thailand dan Myanmar. Tempoh persediaan selama 3 minggu pasukan kebangsaan menyaksikan pasukan negara mengadakan 2 perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Syria pada 12 November di Shah Alam dan Vietnam pada 16 November di Hanoi.

Kedua-dua perlawanan ini menyaksikan pasukan negara tewas 0-3 kepada Syria dan 1-3 kepada Vietnam di mana dalam kedua-dua perlawanan pasukan negara bermain dengan 10 pemain setelah di buang padang akibat kekasaran. Situasi ini jelas mencemaskan peminat-peminat pasukan negara yang mengharapkan pasukan Harimau Malaya melakukan kejutan seperti mana menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 di bawah bimbingan Dato' K.Rajagopal. 
Persoalannya kini, bersediakah pasukan Harimau Malaya menghadapi kejohanan ini? Dalam tempoh beberapa hari lagi sebelum sepak mula bermula, Dollah Salleh harus mencari penawar bagi merencanakan perancangan strategi dan taktikal yang benar-benar berkesan dan mantap. Dollah Salleh juga harus memilih pemain yang benar-benar bersungguh-sungguh serta menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan. Jika tidak, pasukan Harimau Malaya sekali lagi akan mengecewakan harapan peminat bola sepak tanahair yang ingin menyaksikan kebangkitan pasukan negara di persada antarabangsa. 
 
Pasukan negara akan memulakan kempen kali ini dengan menentang pasukan Myanmar (23 November), Thailand (26 November) dan Singapura (29 November) dan perlu mencari kedudukan 2 pasukan terbaik kumpulan untuk ke pusingan separuh akhir. Apa-apa pun, Bual Sukan mendoakan yang terbaik buat pasukan Harimau Malaya menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa