Nuffnang Ads

Rabu, 12 November 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki 2014

Pasukan Bola Sepak kebangsaan Harimau Malaya kini dalam fasa persiapan terakhir menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang. Pasukan negara di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan tuan rumah peringkat kumpulan Singapura yang merupakan juara bertahan dan juara 4 kali kejohanan, pasukan Thailand yang merupakan juara 3 kali kejohanan serta pasukan Myanmar yang merupakan juara kumpulan pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki 2014.
Setiap pasukan dalam Kumpulan B ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing dan peluang ke separuh akhir dilihat seimbang. Pasukan negara akan memulakan kempen peringkat Kumpulan B dengan bertemu dengan Myanmar (23 November), Thailand (26 November) dan Singapura (29 November). Berdasarkan ranking semasa FIFA, pasukan Myanmar merupakan pasukan terbaik iaitu di tangga ke 137, Malaysia (156), Singapura (161) dan Thailand (165).

Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 melibatkan pasukan Harimau Malaya :

23 November 2014 (Ahad)
Malaysia lwn Myanmar
Stadium Jalan Besar
5.00 Petang



26 November 2014 (Rabu)
Malaysia lwn Thailand
Stadium Jalan Besar
5.00 Petang



29 November 2014 (Sabtu)
Malaysia lwn Singapura
Stadium Nasional Singapura
8.00 Malam





SEPARUH AKHIR



7 Disember 2014 (Ahad)
Malaysia lwn Vietnam







11 Disember 2014 (Khamis)
Vietnam lwn Malaysia







PERLAWANAN AKHIR


17 Disember 2014 (Rabu)
Thailand lwn Malaysia






20 Disember 2014 (Sabtu)
Malaysia lwn Thailand


1 ulasan:

  1. Semoga berjuang Harimau Malaya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa