Nuffnang Ads

Isnin, 3 November 2014

Bola Sepak : Juara Liga Malaysia 2014

Saingan Liga Malaysia 2014 telahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan Pahang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 apabila berjaya menewaskan pasukan Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC dalam penentuan sepakan penalti. 

Musim Liga Malaysia 2014 menyaksikan pasukan Pahang berjaya merangkul 3 Piala iaitu Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2014, Piala FA 2014 serta Piala Malaysia 2014. Johor Darul Ta'zim FC berjaya merangkul kejuaraan Liga Super 2014 manakala pasukan PDRM FA pula muncul juara Liga Premier 2014. Satu lagi pasukan dari Pahang iaitu Kuantan FA berjaya merangkul kejuaraan Liga FAM 2014 sekaligus berjaya bermain dalam Liga Premier 2015 akan datang. Bual Sukan mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Malaysia 2014. Bagi pasukan lain, mereka pastinya akan berusaha lebih gigih bagi menghadapi musim 2015 akan datang.

Berikut adalah Juara Liga Malaysia bagi musim 2014 : 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa