Nuffnang Ads

Ahad, 9 November 2014

Bola Sepak : Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2014

Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2014 atau 2014 FIFA Club World Cup akan berlangsung di Maghribi atau Morocco pada 10 hingga 20 Disember 2014. Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi ke 11 dan kali kedua ianya diadakan di Morocco. Kejohanan ini bakal mengumpulkan 7 pasukan kelab melibatkan 6 pasukan yang muncul juara bagi kejohanan juara-juara peringkat benua serta 1 lagi pasukan ialah juara liga Morocco bagi tahun 2014.

7 kelab tersebut ialah Real Madrid (UEFA), San Lorenzo (CONMEBOL), Western Sydney Wanderers (AFC), ES Setif (CAF), Cruz Azul (CONCACAF), Auckland City (OFC) dan Juara Liga Morocco 2014 Moghreb Tetouan. Pasukan Real Madrid dan San Lorenzo pastinya menjadi pilihan untuk melangkah ke perlawanan akhir. Namun begitu, cabaran pasukan-pasukan lain tidak wajar dipandang mudah oleh kedua-dua pasukan ini kerana kejutan pasti berlaku.


Berikut adalah Jadual Perlawanan Kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2014 akan datang :

10 Disember 2014
Perlawanan 1 : Moghreb Tetouan lwn Auckland City (0-0) (Penalti 3-4)

13 Disember 2014 (Suku Akhir)
Perlawanan 2 : Auckland City lwn ES Setif (1-0) 
Perlawanan 3 : Cruz Azul lwn Western Sydney Wanderers (3-1)

16 Disember 2014 (Separuh Akhir)
Perlawanan 4 : Cruz Azul lwn Real Madrid (0-4)

17 Disember 2014 (Separuh Akhir)
Perlawanan 5 : Auckland City lwn San Lorenzo (1-2)

17 Disember 2014 (Penentuan Tempat 5/6)
Perlawanan 6 : ES Setif lwn Western Sydney Wanderers (2-2) (Penalti 5-4)

20 Disember 2014 (Penentuan Tempat 3/4)
Perlawanan 7 : Cruz Azul lwn Auckland City (1-1) (Penalti 2-4)

20 Disember 2014 (Penentuan Juara/Perlawanan Akhir)
Perlawanan 8 : Real Madrid lwn San Lorenzo (2-0)

* Kemaskini pada 21 Disember 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa