Nuffnang Ads

Sabtu, 22 November 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014

Kejohanan berprestij Persekutuan Bola Sepak ASEAN atau The ASEAN Football Federation akan berlangsung mulai 22 November hingga 20 Disember 2014 di Vietnam dan Singapura yang menjadi tuan rumah untuk pusingan peringkat kumpulan. 8 negara ASEAN akan bersaing merebut kejuaraan melibatkan 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Laos dan Filipina manakala Kumpulan B pula melibatkan pasukan Singapura, Thailand, Malaysia dan Myanmar. 

2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir yang akan diadakan pada 6 & 7 Disember untuk Separuh Akhir Pertama manakala 10 & 11 Disember bagi Separuh Akhir Kedua. Perlawanan Akhir pula dijadualkan pada 17 Disember bagi Pertawanan Akhir Pertama manakala 20 Disember bagi Perlawanan Akhir Kedua. Pemenang kejohanan akan diputuskan melalu kemenangan agregat atau kelebihan gol di tempat lawan ataupun melalui penentuan sepakan penalti.

Pasukan Juara Bertahan Edisi 2012, Singapura pastinya akan berusaha mempertahankan kejuaraan mereka. Namun begitu saingan 7 pasukan lain juga tidak harus dipandang mudah oleh mereka. Berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA, pasukan Filipina merupakan pasukan terbaik ASEAN iaitu di kedudukan ke 129 Dunia. Bual Sukan berpandangan, pasukan yang berjaya menyempurnakan peluang pastinya akan berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :

KUMPULAN A

22 November 2014 (Sabtu)

Filipina lwn Laos (4-1)
Filipina : Simone Rota, Philip Younghusband, Patrick Reichelt (2)
Laos : Khampeng Sayavuthi

Vietnam lwn Indonesia (2-2)
Vietnam : Que Ngoc Hai, Lee Chon Vint
Indonesia : Zulham Zamrun, Samsul Arif

25 November 2014 (Selasa)

Filipina lwn Indonesia (4-0)
Filipina : Philip Younghusband, Manny Ott, Martin Steuble, Rob Gier

Laos lwn Vietnam (0-3)
Vietnam : Minh Tuan Vu, Le Cong Vinh, Huy Hung Nguyen

28 November 2014 (Jumaat)

Indonesia lwn Laos (5-1)
Indonesia : Evan Dimas, Ramadhani Lestaluhu (2), Zulham Zamrun, Ketsada Souksavant (GS)
Laos : Khampeng Sayavuthi

Vietnam lwn Filipina (3-1)
Vietnam : Ngo Hoang Thinh, Minh Tuan Vu, Pham Luong
Filipina : Paul Mulders 

KUMPULAN B


23 November 2014 (Ahad)

Malaysia lwn Myanmar (0-0)

Singapura lwn Thailand (1-2)
Singapura : Mohammad Khairul Amri Bin Mohammad Kamal
Thailand : Mongkol Tossakray, Charyl Chappuis

26 November 2014 (Rabu)

Malaysia lwn Thailand (2-3)
Malaysia : Mohd. Amri Yahyah, Safiq Rahim
Thailand : Adisak Kraisorn (2), Charyl Chappuis

Myanmar lwn Singapura (2-4)
Myanmar : Kyaw Zayar Win, Kyaw Ko Ko
Singapura : Saiful Esah, Hariss Harun (2), Khin Maung Lwin (GS)

29 November 2014 (Sabtu)

Thailand lwn Myanmar (2-0)
thailand : Tanaboon Kasarat, Prakit Deeprom

Singapura lwn Malaysia (1-3)
Singapura : Mohammad Khairul Amri Bin Mohammad Kamal 
Malaysia : Safee Sali, Safiq Rahim, Indra Putra Mahyuddin

SEPARUH AKHIR

SEPARUH AKHIR 1

6 Disember 2014 (Sartu)

Filipina lwn Thailand (0-0)

7 Disember 2014 (Ahad)

Malaysia lwn Vietnam (1-2)
Malaysia : Safiq Rahim
Vietnam : Huy Toan Vo, Nguyen Van Quet

SEPARUH AKHIR 2

10 Disember 2014 (Rabu)

Thailand vs Filipina (3-0)
Thailand : Chanatip Songkrasin, Krirkrit Thaweekam (2)

(Thailand layak ke perlawanan akhir dengan agregat 3-0)

11 Disember 2014 (Khamis)

Vietnam vs Malaysia (2-4)
Vietnam : Le Cong Vinh (2)
Malaysia : Safiq Rahim, Nor Shahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin, Shukor Adan

(Malaysia layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-4)

PERLAWANAN AKHIR

17 Disember 2014 (Rabu)

Thailand lwn Malaysia (2-0)
Thailand : Charyl Chappuis, Krirkrit Thaweekam

20 Disember 2014 Sabtu)

Malaysia lwn Thailand (3-2)
Malaysia : Safiq Rahim (2), Indra Putra Mahyuddin
Thailand : Charyl Chappuis, Chanatip Songkrasin

(Thailand menang agregat 4-3)

* Kemaskini pada 20 Disember 2014

4 ulasan:

  1. Team Malaysia will definitely win!!!!! Go Malaysia!

    BalasPadam
  2. Untuk pasukan malaysia good luck semoga mara pe final dan menjadi champ kali kedua hendaknya.

    BalasPadam
  3. Buatlah yg terbaek jgn gentar main seperti biasa semoga menang 3 - 0 disana nanti insyaallah.

    BalasPadam
  4. Yes malaysia dh naek smula...uat tbaik malaysia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa