Nuffnang Ads

Selasa, 18 November 2014

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Harimau Malaya 2014

Pasukan Harimau Malaya akan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang. Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Dollah Salleh diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan tuan rumah Singapura, Thailand dan Myanmar. 

Pasukan negara akan memulakan kempen peringkat Kumpulan B dengan bertemu Myanmar (23 November), Thailand (26 November) dan Singapura (29 November). Sekiranya pasukan negara mampu menamatkan aksi Kumpulan B di dua tempat teratas, pasukan negara akan melangkah ke Separuh Akhir bertemu sama ada juara atau naib juara Kumpulan A. Perlawanan Separuh Akhir dijadualkan berlangsung pada 6 dan 7 Disember 2014 untuk Separuh Akhir Pertama manakala pada 10 dan 11 Disember 2014 untuk Separuh Akhir Kedua. Jika pasukan Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir dan berjaya di peringkat ini, Perlawanan Akhir akan diadakan pada 17 Disember 2014 untuk Perlawanan Akhir Pertama dan 20 Disember 2014 untuk Perlawanan Akhir Kedua.

Sepanjang Tahun 2014, Harimau Malaya telah dikendalikan oleh 2 orang Ketua Jurulatih di mana Datuk Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Harimau Muda A menjadi pengendali sementara (3 perlawanan) dan kemudiannya diambilalih oleh Dollah Salleh. Namun begitu sinar kebangkitan pasukan Harimau Malaya masih belum ditampilkan lagi dan ini nyata mengecewakan peminat bola sepak tanah air yang mengharapkan kebangkitan pasukan negara selain kedudukan ranking yang lebih baik. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Harimau Malaya sepanjang tahun 2014 :

Jumlah Perlawanan : 15
Menang : 5 Menang
Seri : 3 Seri
Kalah : 7 Kalah
Jumlah Jaringan : 21 Gol
Jumlah Bolos : 26 Bolos  

1 Mac 2014 - lwn Filipina (seri 0-0)

5 Mac 2014 - lwn Yemen (menang 2-1) : Amri Yahyah, Ahmad Fakri Saarani

27 April 2014 - lwn Filipina (seri 0-0)

6 Ogos 2014 - lwn Tajikistan (kalah 1-4) : Amri Yahyah

14 September 2014 - lwn Indonesia (kalah 0-2)

20 September 2014 - lwn Kemboja (menang 4-1) : Joseph Kalang Tie (2), Moul Daravorn (GS), Baddrol Bakhtiar

12 November 2014 - lwn Syria (kalah 0-3)

16 November 2014 - lwn Vietnam (kalah 1-3) : Amri Yahyah

23 November 2014 : lwn Myanmar (seri 0-0)

26 November 2014 : lwn Thailand (kalah 2-3) : Amri Yahyah, Safiq Rahim

29 November 2014 : lwn Singapura (menang 3-1) : Safee Sali, Safiq Rahim, Indra Putra

7 Disember 2014 : lwn Vietnam (kalah 1-2) : Safiq Rahim

11 Disember 2014 : lwn Vietnam (menang 4-2) : Safiq Rahim, Nor Shahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Shukor Adan

17 Disember 2014 : lwn Thailand (kalah 0-2)

20 Disember 2014 : lwn Thailand (menang 3-2) : Safiq Rahim (2), Indra Putra Mahyuddin

* Kemaskini pada 20 Disember 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa