Nuffnang Ads

Isnin, 10 November 2014

Bola Sepak : Ketua Jurulatih 8 Pasukan Piala AFF Suzuki 2014

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan bermula pada 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang dengan pasukan Vietnam dan Singapura menjadi tuan rumah bagi perlawanan peringkat kumpulan. Dengan kejohanan masih berbaki kira-kira 2 minggu lagi, setiap pasukan kini dalam fasa persiapan terakhir pasukan masing-masing dengan mengadakan perlawanan pemanas badan serta memilih senarai pemain yang bakal membawa cabaran pasukan mereka di kejohanan ini.

Antara individu yang sibuk ialah Ketua jurulatih negara masing-masing beserta barisan kejurulatihan pasukan yang semestinya ingin membawa pasukan masing-masing ke mercu kejayaan. Berikut ialah senarai Ketua Jurulatih 8 negara yang bakal bersaing dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan datang :

KUMPULAN A
Vietnam : Toshiya Miura
Filipina : Thomas Dooley
Indonesia : Alfred Riedl
Laos : David Booth



KUMPULAN B
Singapura : Bernd Stange
Thailand : Kiatisuk Senamuang
Malaysia : Dollah Salleh
Myanmar : Radojko Avramovic

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa