Nuffnang Ads

Jumaat, 7 November 2014

Bola Sepak : Pemain Import Liga Malaysia 2015

Musim Liga Malaysia 2014 telahpun berakhir dengan kejayaan kepada pasukan Tok Gajah Pahang yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2014 menewaskan pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim FC melalui penenrtaun sengit sepakan penalti. Kini setiap pasukan masing-masing sedang sibuk membuat persiapan memantapkan pasukan dengan menandatangani pemain-pemain tempatan serta barisan pemain import berkualiti. Dengan musim Liga Malaysia 2015 akan bermula pada Januari 2015 akan datang, persiapan rapi pasukan masing-masing perlu direncana dengan teliti supaya setiap pemain yang dibawa adalah berbaloi dengan perbelanjaan pasukan.


Dengan kuota 4 pemain import ditetapkan kepada pasukan masing-masing, setiap pasukan perlu berhati-hati membawa masuk pemain-pemain import berkualiti agar perbelanjaan terhadap mereka setimpat dengan reputasi mereka selaku pemain import serta tidak mengecewakan pasukan serta peminat bola sepak tempatan. Terdapat pasukan yang mengekalkan pemain import mereka serta terdapat juga pasukan menggugurkan pemain import mereka bagi menghadapi musim Liga Malaysia 2015 akan datang. Terdapat juga pemain import yang bakal mencuba nasib di Liga negara lain bagi menambahkan pengalaman mereka masing-masing. 

Berikut adalah senarai pemain import yang bakal mewarnai saingan Liga Malaysia 2015 akan datang (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa) :


LIGA SUPER 2015
Johor Darul Ta'zim FC
Luciano Figeroa (Argentina), Jose Pareyra Diaz (Argentina), Hariss Harun (Singapura), Marcos Antonio (Brazil)

Selangor
Andik Vermansyah (Indonesia), Guilherme De Paula Lucrecio (Brazil), Leandro Dos Santos Oliveira (Brazil), Robert Cornthwaite (Australia)

Pahang
Damion Stewart (Jamaica), Zesh Rahman (Pakistan), Matias Conti (Argentina), Dickson Nwakaeme (Nigeria)

Terengganu
Paolo Rangel (Brazil), Gustavo Lopez (Argentina), *Hassan Chaito (Lubnan), Vincent Bikana (Cameroon)

Sime Darby FC
Dilsod Sharofetdinov (Uzbekistan), Ivan Dragicevic (Serbia), Nemanja Vidakovic (Serbia), Marko Perovic (Serbia)

Kelantan
Erwin Carillo (Colombia), Jonathan McKain (Australia), Emmanuel Kenmonge (Nigeria), Isaac Pupo (Liberia)

Sarawak
Ryan Griffiths (Australia), Billy Mehmet (Republik Ireland), Ronald Hikspoors (Belanda), Ivan Fatic (Montenegro) 

Perak
Marco Tulio (Brazil), Charles Chad Souza (Brazil), Namkung Woong (Korea Selatan), Thiago Junior Aquino (Brazil)

ATM FA
Abdulafees Abdulsalam (Nigeria), Obinha Nwaneri (Nigeria), Mario Karlovic (Australia), Jerry Nelson Palacios (Honduras)

PDRM FA
Ali Ashfaq (Maldives), Onoriode Kughegbe (Nigeria), Dramane Traore (Mali), Mohamadou Sumareh (Gambia)

Felda United
Edward Junior Wilson (Liberia), Zah Rahan Krangar (Liberia), Ndumba Makeche (Australia), Bojan Miladinovic (Serbia)
LIGA PREMIER 2015
T-Team
Faramola David Oniya (Nigeria), Sadriddin Abdullaev (Uzbekistan), Farhod Tadjiev (Uzbekistan)

PKNS FC

Gonzalo Sato (Argentina), Kaisuke Ogawa (Jepun), Gabriel Guerra (Argentina)

Pulau Pinang

Lee Gil-Hoon (Korea Selatan), Reinaldo Rodrigues de Oliveira (Brazil), Alberto Goncalves da Costa (Brazil), Hilton Mauro Moreira (Brazil) 

Kedah

Lawrence Olum (Kenya), Bang Seung Hwan (Korea Selatan), Keith M Nah (Liberia), Chidi Edeh (Nigeria)

Johor Darul Ta'zim FA (JDT II)

Baihakki Khaizan (Singapura), Shahril Ishak (Singapura), Nicolas Delmonte (Argentina), Leandro Sebastian Velàzquez (Argentina)

Negeri Sembilan @ NS Matrix

Bruno Martelotto (Argentina), Francis Forkey Doe (Liberia), Kim Jin Ryong (Korea Selatan), Jean Marc-Alaxandre (Haiti)

Sabah

El Hadji Diouf (Senegal), Fazrul Nawaz (Singapura), Eamon Zayed (Libya), Abdulaye Faye (Senegal)

DRB Hicom FC

Ivan Babic (Croatia), Terukazu Tanaka (Jepun)

UiTM FC

Park Chul-hyung (Korea Selatan)Abdi Kassim (Tanzania), Dao Bakary (Ivory Coast)

SPA FC
Mikel Ijezie (Nigeria), Guy Bwele (Cameroon), Kwon Jun (Korea Selatan)

Kuantan FA
Milan Purovic (Montenegro), Tarek Al-Janaby (Tunisia), Im Kyung Hyun (Korea Selatan), Lee Kwang Hyeon (Korea Selatan)

Kuala Lumpur
Martin Ekoule (Cameroon), Choi Hyun-Yeon (Korea Selatan), Iyanu Ezekiel Ogunboye (Nigeria), Kalle Sone Masue (Cameroon)

* akan dikemaskini dari semasa ke semasa

** pemain digugurkan atau tidak dapat didaftarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa