Nuffnang Ads

Isnin, 3 November 2014

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Liga Malaysia 2014

Musim Liga Malaysia 2014 telahpun berakhir dan kini tumpuan peminat bola sepak tanah air pastinya kepada pasukan Harimau Malaya yang dalam fasa persiapan menghadapi kejohanan bola sepak berprestij ASEAN iaitu Piala AFF Suzuki 2014. Musim Liga Malaysia 2014 menyaksikan kejayaan pasukan Pahang merangkul 3 kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih hasil kebijaksanaan taktikal serta strategi Ketua Jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan yang mengambilalih tugasan Ketua Jurulatih daripada sahabatnya Dollah Salleh. Selain itu gandingan mantap pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti berjaya membawa pasukan Tok Gajah ke mercu kejayaan.

Bagi musim 2014, sekali lagi barisan penyerang import mendominasikan carta penjaring gol terbanyak Liga Malaysia 2014. Nyata ketumpulan barisan penyerang tempatan merupakan antara cabaran yang perlu ditangani oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh. Berikut adalah senarai penjaring terbanyak atau pemenang kasut emas bagi Liga Super 2014, Liga Premier 2014 dan Piala Malaysia 2014 :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa