Nuffnang Ads

Rabu, 5 November 2014

Bola Sepak : Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2015

Musim Liga Malaysia 2014 telahpun melabuhkan tirainya pada 1 November lalu dengan pasukan Pahang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 menewaskan pasukan Johor Darul Ta'zim FC melalui penentuan sepakan penalti. Kini peminat bola sepak tempatan pastinya memberi fokus kepada pasukan Harimau Malaya yang kini dalam fasa persiapan menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang akan berlangsung pada 22 November hingga 20 Disember akan datang. 

Musim 2014 pastinya merupakan antara musim yang akan dikenang oleh pasukan masing-masing sama ada ianya manis ataupun pahit. Setiap pasukan kini dalam fasa mempersiapkan pasukan masing-masing dengan menandatangni pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2015 yang dijangka akan memulakan sepak mula pada Januari 2015 akan datang. Setiap pasukan yang beraksi sama ada Liga Super 2015 atau Liga Premier 2015 pastinya akan memantapkan pasukan masing-masing bagi saingan akan datang. 

Pengumuman rasmi senarai pemain pasukan pastinya akan diumumkan oleh persatuan bola sepak negeri dan kelab masing-masing. Berikut adalah antara senarai perpindahan pemain Liga Malaysia 2015 akan datang :

Liga Super 2015










Johor Darul Ta'zim FC
S.Chanturu (Sarawak)
Farizal Marlias (Selangor)
S.Kunalan (Selangor)
Gary Steven Robbat (Harimau Muda A)
Fandi Ahmad (Harimau Muda A)
Amer Saidin (Harimau Muda A)
Junior Eldstal (Sarawak)

Selangor
Norazlan Razali (JDT FC)
K.Thanaraj (Felda United FC)
Azmir Nasrulhaq (Harimau Muda A)
S.Subramaniam (JDT FC)
Saiful Redzuan Selamat (Harimau Muda A) 

Pahang
D.Saarvindran (Harimau Muda A)
Mohammad Ab. Aziz Ismail (Kelantan)
Mohd Rizua Safiqi Kamaruzaman (Kuantan FA)

Terengganu
Mohd. Helmi Remeli (PKNS FC)

Sime Darby FC
Abdul Halim Zainal (Negeri Sembilan)
Eddy Helmi Abdul Manan (Negeri Sembilan)
Mohd. Alif Shamsudin (Negeri Sembilan)
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad (Negeri Sembilan)

Kelantan 
Nor Farhan Muhammad (Terengganu)
Nor Hafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan)
Nor Hazrul Mustapha (Perak)
Mohd. Feris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A)

Sarawak
J.Partiban (Perak)
Sabri Sahar (Sabah)
A.Varanthan (Sabah)
Mohd. Nazri Mohd. Kamal (Perak)

Perak
Bobby Gonzales (PDRM FA)
Zamir Selamat (PKNS FC)
Sumardi Hajalan (Negeri Sembilan)
Azizon Kadir (PDRM FA)
Mohd. Arif Ismail (Sime Darby FC)
Azmizi Azmi (Kedah)

ATM FA
Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC)
Azmeer Yusoff (Perak)
Razi Efendi Suhit (Perak)
Mohd. Fadzli Saari (Sime Darby FC)

PDRM FA
Lot Abu Hassan (Sarawak)
Mohd. Faizal Abu Bakar (Kedah)
Nurul Azwan Roya (JDT FC)
Saiful Amar Sudar (Kedah) 

Felda United FC
Fauzan Dzulkifli (PKNS FC)
Mohd. Rasyid Aya (Sarawak)
Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi (Sime Darby FC)

Liga Premier 2015




T-Team

PKNS FC

Pulau Pinang
Syukur Saidin (Sime Darby FC)
Mohd. Farid Ramli (Sime Darby FC)
Mohd. Failee Ghazali (Sime Darby FC)
Mohd. Redzuan Nawi (Sabah)
See Kok Luen (JDT II)
Mohd. Azinee Taib (JDT II)
Mafry Balang (Sarawak)
Sani Anuar Kamsani (Sarawak)
Mohd. Faiz Subri (Terengganu)
Mazlizam Mohamad (Terengganu)
Mohd. Ramezey Che Ros (PKNS FC)
Mohd. Azrul Ahmad (ATM FA)

Kedah
K.Solehin Abdullah (Felda United)
Ahmad Shakir Mohd. Ali (Kelantan)
Mohd. Sabre Mat Abu (PDRM FA)
Henry Lew Han Hung (Pulau Pinang)
Shazuan Asyraf Matthews (Pulau Pinang)
P.Rajesh (Selangor)

Johor Darul Ta'zim II
Irfan Fazail (JDT FC)
Mohd. Faizol Hussein (Pahang)

Negeri Sembilan
Shahrizal Saad (Perak)
Azizi Mat Rose (JDT FC)
Rizal Zambery Yahya (ATM FA)
Rudie Ramli (ATM FAn)
Ahmad Fauzi Saari (ATM FA)
Kyrill Muhaymeen (Kedah)
Mohd. Helmi Eliza Alias (PDRM FA)
Irwan Fadzli Idrus (ATM FA)
Mohd. Akmal Mohd. Noor (ATM FA)

Sabah
Mohd. Fariss Azlan Mat Isa (Kedah)
Zuraindey Jumal (Kedah) 

DRB Hicom FC

UiTM FC

SPA FC

Kuantan FA

Kuala Lumpur
Mohd. Muhaimin Mohamad (Kedah)

* akan dikemaskini dari semasa ke semasa

1 ulasan:

  1. Saingan setiap pasukan musim Liga Malaysia 2015 pasti menarik.. Negeri kena berani ketengahkan pemain-pemain muda berpotensi.. Thorbaekkk...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa