Nuffnang Ads

Selasa, 11 November 2014

Bola Sepak : Persahabatan Antarabangsa Harimau Malaya Bulan November 2014

Pasukan Harimau Malaya kini dalam fasa persiapan bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung bermula dari 22 November hingga 20 Disember 2014 akan datang di mana pasukan Vietnam dan Singapura akan menjadi tuan rumah perlawanan peringkat kumpulan. Pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Dollah Salleh diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Juara 4 kali Kejohanan yang juga Juara Bertahan Singapura, Juara 3 kali Thailand dan Juara Pusingan Kelayakan Piala AFF Suzuki 2014 Myanmar.  
Syria - 12 November 2014
Vietnam - 16 November 2014
Harimau Malaya akan menghadapi 2 siri perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa menentang pasukan Syria pada 12 November 2014 serta menentang pasukan Vietnam pada 16 November 2014 sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 akan datang. Kesempatan 2 perlawanan ini pastinya akan menjadii medan kepada Ketua Jurulatih negara, Dollah Salleh menguji kesebelasan terbaik serta dapat merencanakan sesuatu kepada pasukan negara sebagai persiapan menghadapi kejohanan kelak. Sasaran mara ke Separuh Akhir dan seterusnya ke Perlawanan Akhir pastinya menjadi tonik kepada pasukan negara mempamerkan persembahan mantap sebagai sebuah pasukan yang perlu diberi perhatian dalam kejohanan Piala AFF Suzuki akan datang.
Bual Sukan berpandangan, sudah tiba masanya pasukan Harimau Malaya bangkit dengan gagah serta menampilkan kegarangan pasukan selain memberikan persembahan membanggakan kepada seluruh penyokong dan peminat bola sepak negara yang selama ini sentiasa bersama pasukan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa