Nuffnang Ads

Khamis, 20 November 2014

Bola Sepak : Piala AFF Suzuki 2014 - Kumpulan A

Kejohanan Bola Sepak berprestij peringkat ASEAN, Piala AFF Suzuki 2014 akan berlangsung di Vietnam dan Singapura pada 22 November hingga 20 Disember 2014. 8 pasukan ASEAN akan menyertai kejohanan ini yang merupakan kejohanan kali kesepuluh sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1996. 8 Pasukan ini diundi dalam 2 Kumpulan di mana Kumpulan A terdiri daripada pasukan tuan rumah, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Laos manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan tuan rumah, Singapura, Thailand, Malaysia dan Myanmar. 

2 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir yang diadakan secara timbal balik dan dua pasukan terbaik akan bertemu bagi menentukan pasukan manakah yang bakal menjadi juara edisi 2014. Perlawanan akhir juga akan diadakan secara timbal balik dan pemenang ditentukan sama ada melalui agregat, kelebihan gol di tempat lawan atau penentuan sepakan penalti. Dalam Kumpulan A, jika dilihat prestasi semasa pasukan tuan rumah, Vietnam dilihat berpeluang melangkah ke separuh akhir. Namun begitu, saingan pasukan Indonesia, Filipina dan Laos juga dilihat seimbang kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan pasukan yang tersendiri.




Pasukan : Vietnam
Ranking Semasa FIFA : 136
Ketua Jurulatih : Toshiya Miura
Ketua Pasukan : Lee Tan Tai
Senarai Pemain :
Pemain Tumpuan : Lee Tan Tai, Le Chong Vinh, Van Quyet

Pasukan : Laos
Ranking Semasa FIFA : 154
Ketua Jurulatih : David Booth
Ketua Pasukan : Visay Phaphouvanin
Senarai Pemain : Soukthavy Soundala, Seng Athit Somvang, Saynakhonevieng Phommapanya, Khamla Pinkeo, Ketsada Souksavanh, Saychon Khunsamnam, Thenthong Phonsettha, Sengdao Inthilath, Oudomsith Singlatsomboun, Phoutdavy Phommasane, Khonesavanh Sihavong, Keoviengphet Liththideth, Maitee, Phatthana Syvilay, Bounthavy Sipasong, Phoutthasay Khochalern, Vilayout Sayyabounsou, Paseuthsack Souliyavong.Tiny Bounmalay, Khampheng Sayavutthi, Sitthideth Khanthavong, Soukaphone Vongchiengkham.
Pemain Tumpuan : Soukaphone Vongchiengkham, Khampheng Sayavutthi

Pasukan : Indonesia
Ranking Semasa FIFA : 157
Ketua Jurulatih : Alfred Riedl
Ketua Pasukan : Firman Utina
Senarai Pemain : Kurnia Meiga, I Made Wirawan, Dian Agus Prasetyo, Zulkifli Syukur, Supardi Nasir, Victor Igbonefo, Fachruddin, Achmad Jufriyanto, Muhamad Roby, Manahati Lestusen, Rizky Rizaldi Pora, Firman Utina, Evan Dimas, Imanuel Wanggai, Hariono, Raphael Maitimo, Muhammad Ridwan, Ramdani Lestaluhu, Zulham Zamrun, Sergio van Dijk, Cristian Gonzales, Boaz Solossa, Samsul Arif
Pemain Tumpuan : Christian Gonzales, Sergio van Dijk, Firman Utina

Pasukan : Filipina
Ranking Semasa FIFA : 129
Ketua Jurulatih : Thomas Dooley
Ketua Pasukan : Rob Gier
Senarai Pemain : Patrick Deyto, Tomas Trigo, Rob Gier, Juani Guirado, Daisuke Sato, Amani Aguinaldo, Simone Rota, Curt Dizon, James Younghusband, Simon Greatwich, Chris Greatwich, Martin Steuble, Paul Mulders, Misagh Bahadoran, Manny Ott, Patrick Reichelt, Jerry Lucena, Dennis Villanu, Phil Younghusband, Kenshiro Daniels, Mark Hartmann
Pemain Tumpuan : James Younghusband, Phil Younghusband, Rob Gier

* akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa