Nuffnang Ads

Selasa, 4 November 2014

Bola Sepak : Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 2015

Musim panjang Liga Malaysia 2014 telahpun berakhir pada 1 November 2014 yang lalu dengan pasukan Pahang atau Tok Gajah berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 menewaskan pasukan Johor Darul Ta'zim FC atau Harimau Selatan melalui penentuan sepakan penalti. Musim 2015 dijangka bermula pada Januari 2015 akan datang dengan perlawanan pembuka tirai bakal menemukan sekali lagi pasukan Pahang selaku juara Piala Malaysia 2014 dan Johor Darul Ta'zim FC selaku juara Liga Super 2014 dalam perebutan Piala Sultan Hj. Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2015.

Pada musim lalu, pasukan Pahang selaku juara Piala Malaysia 2013 berjaya merangkul kejuaraan Piala Sultan Hj.Ahmad Shah apabila berjaya menewaskan pasukan juara Liga Super 2013, Singapore Lions XII dengan kemenangan 1-0. Perlawanan pembuka tirai musim Liga Malaysia 2015 antara kedua-dua pasukan ini dijangka sengit apatah lagi masing-masing bakal menguatkan pasukan dengan kehadiran pemain-pemain baru serta barisan pemain import dan pemain tempatan terbaik.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa