Nuffnang Ads

Ahad, 30 November 2014

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014 - Malaysia lwn Vietnam

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih, Dollah Salleh berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2014 selaku naib juara Kumpulan B dengan memungut 4 mata hasil 1 kemenangan (3-1 : Singapura), 1 seri (0-0 : Myanmar) dan 1 kekalahan (2-3 : Thailand). Di peringkat Separuh Akhir, pasukan negara akan bertemu dengan pasukan Vietnam yang muncul Juara Kumpulan A pada 7 Disember di Malaysia dan 11 Disember di Vietnam. Saingan dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya bermain bersungguh-sungguh untuk melangkah ke Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 akan datang.


Berdasarkan rekod pertemuan sepanjang Kejohanan Piala AFF Suzuki diperkenalkan pada tahun 1996, pasukan Malaysia dan Vietnam telah bertemu sebanyak 7 kali di mana Malaysia menang 2 pertemuan, Vietnam menang 3 pertemuan manakala 2 lagi berakhir dengan keputusan seri. Berdasarkan pertemuan dalam perlawanan antarabangsa yang lalu, pasukan Vietnam menewaskan pasukan negara dengan 3-1 pada 16 November 2014. Berdasarkan rekod, kelebihan memihak kepada pasukan Vietnam namun begitu Bual Sukan percaya pasukan Harimau Malaya mampu melakarkan kemenangan jika segala perancangan strategi, taktikal serta setiap peluang menjaringkan gol dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan negara. Saingan pasukan Vietnam di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Toshiya Miura juga pastinya sengit dengan kemampuan mereka mencipta gerakan-gerakan berbahaya seterusnya menghasilkan jaringan pemusnah. 

Berikut adalah rekod pertemuan antara pasukan Malaysia dan Vietnam sejak Kejohanan Piala AFF Suzuki diperkenalkan pada tahun 1996 :

Rekod Pertemuan Sepanjang Kejohanan : 7 Kali
Malaysia menang : 2 kali
Vietnam menang : 3 kali
Keputusan seri : 2 kali
Jumlah Jaringan : Malaysia (8 Gol) ; Vietnam (6 Gol)

30 Ogos 1998 
Vietnam menang 1-0 (Nguyen Hong Son)
(Peringkat Kumpulan)

5 November 2000
seri 0-0
(Peringkat Kumpulan)

18 November 2000
Malaysia menang 3-0 (Rosdi Talib, Rusdi Suparman (2))
(Penentuan Tempat Ketiga/Keempat)

29 Disember 2002
Vietnam menang 2-1 (Tran Truong Giang, Nguyen Min Phuong) (Indra Putra Mahyuddin)
(Penentuan Tempat Ketiga/Keempat)

8 Disember 2008
Vietnam menang 3-2 (Phan Thanh Luong, Nguyen Vo Phong (2)) (Indra Putra Mahyuddin (2))
(Peringkat Kumpulan)

15 Disember 2010
Malaysia menang 2-0 (Safee Sali (2))
(Separuh Akhir Pertama)

18 Disember 2010
seri 0-0 
(Separuh Akhir Kedua)

1 ulasan:

  1. Menang atau kalah di pusingan ini terletak di tangn ds.Dari segi pemain,kita memilikinya di semua posisi.Tidak layak bermakna ds.tidak layak menerajui pasukan negara di tahun 2015..kerana ini adalah pusingan timbal balik yangmana pusingan ini adalah pusingan kayu pengukur untuk seseorang jurulatih apa lagi ianya di perakui oleh badan induk bola sepak Malaysia.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa