Nuffnang Ads

Khamis, 6 November 2014

Tennis : 2014 ATP World Tour Finals

Kejohanan penutup tirai Jelajah Akhir Dunia Tenis ATP 2014 atau Barclays ATP World Tour Finals 2014 akan berlangsung pada 9 hingga 16 November 2014 akan datang di Arena O2, London. Kejohanan ini mengumpulkan 8 pemain tenis lelaki terbaik siri ATP sepanjang musim 2014. Dengan pemain nombor 3 dunia yang juga jaguh tanah liat, Rafael Nadal dari Sepanyol terpaksa menarik diri akibat pembedahan apendiks, tempat beliau akan digantikan oleh pemain di tangga kesembilan ranking ATP yang juga merupakan juara Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2014, Marin Cilic dari Croatia. 

Lapan pemain lelaki yang bakal berentap di Kejohanan Akhir ATP 2014 ialah Novak Djokovic (Serbia), Roger Federer (Switzeland), Stan Wawrinka (Switzerland), Kei Nishikori (Jepun), Andy Murray (United Kingdom), Tomas Berdych (Republik Czech), Milos Raonic (Kanada) dan Marin Cilic (Croatia). 8 pemain ini diundi dalam 2 kumpulan di mana pemain yang muncul juara dan naib juara kumpulan masing-masing bakal bersaing di pesingan separuh akhir. 

Pemain nombor 1 dunia, Novak Djokovic yang juga juara bertahan musim 2013 pastinya menjadi pilihan utama menjuarai kejohanan ini. Namun begitu saingan 7 pemain lain pastinya sengit dan tiada jalan mudah untuk Djokovic mempertahankan kejuaraannya. Berikut adalah undian kumpulan bagi Kejohanan Akhir ATP Dunia 2014 :

Kumpulan A :


Kumpulan B :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa