Nuffnang Ads

Selasa, 16 Disember 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan JDT FC & Pahang di Piala AFC 2015

Saingan Piala AFC 2015 akan bermula bulan Februari hingga bulan Oktober 2015 akan datang. Malaysia akan diwakili oleh Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim FC serta Juara Piala FA 2014, Pahang. Namun begitu, pasukan JDT FC akan bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2015 dan sekiranya pasukan JDT FC berjaya melepasi peringkat kelayakan tersebut, pasukan Selangor selaku naib juara Liga Super 2014 akan mewakili Malaysia ke saingan Piala AFC 2015.

Dalam undian peringkat kumpulan Piala AFC 2015 yang telah diadakan pada 11 Disember 2014 di Rumah AFC Kuala Lumpur, pasukan JDT FC diundi dalam Kumpulan F bersama pasukan Kitchee (Juara Liga Premier Hong Kong), East Bengal (Naib Juara Liga India - I-League) dan Belestier Khalsa (Juara Piala Singapura). Satu lagi wakil negara iaitu Pahang pula dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Yadanarbon (Juara Liga Myanmar), South China (Pemenang Playoff Liga Hong Kong) dan Global (Juara Liga Filipina - Juara Divisyen 1 United Football League). Seperti pasukan JDT FC, pasukan Kitchee dan Yadanarbon juaga akan bersaingan dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 di mana sekiranya berjaya kelab ini akan digantikan oleh Sun Pegasus (Hong Kong) dan Yangon United (Myanmar).

Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala AFC 2015 bagi pasukan JDT FC dan Pahang :

Jadual Perlawanan Piala AFC 2015 : JDT FC
24 Februari 2015 : East Bengal (GS)
10 Mac 2015 : Belestier Khalsa (GL)
18 Mac 2015 : Kitchee (GL)
14 April 2015 : Kitchee (GS)
29 April 2015 : East Bengal (GL) 
13 Mei 2015 : Belestier Khalsa (GS)

27 Mei 2015 : Ayeyawady (GS) - Pusingan 16 Terbaik

25 Ogos 2015 : South China (GS) - Suku Akhir 1
15 September 2015 : South China (GL) - Suku Akhir 2

29 September 2015 : Al-Qadsia (GL) - Separuh Akhir 1
20 Oktober 2015 : Al-Qadsia (GS) - Separuh Akhir 2

31 Oktober 2015 : FC Istiklol - Perlawanan Akhir Piala AFC 2015

Jadual Perlawanan Piala AFC 2015 : Pahang



25 Februari 2015 : Yadanarbon (GL)
11 Mac 2015 : Global (GS)
17 Mac 2015 : South China (GL)
15 April 2015 : South China (GS)
28 April 2015 : Yadanarbon (GS)
12 Mei 2015 : Global (GL)

26 Mei 2015 : Persipura Jayapura (GL) - Pusingan 16 Terbaik

26 Ogos 2015 : Istiklol (GL) - Suku Akhir 1
16 September 2015 : Istiklol (GS) - Suku Akhir 2

Catatan :
GS - Gelanggang Sendiri
GL - Gelanggang Lawan

* Kemaskini pada 31 Oktober 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa