Nuffnang Ads

Selasa, 23 Disember 2014

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun


Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun negara akan menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan Bola Sepak Piala AFC bawah 23 Tahun 2016. Pasukan Harimau Muda diundi dalam Kumpulan I bersama-sama dengan pasukan gergasi bola sepak Asia masa kini iaitu Jepun, Vietnam dan Macau. Pusingan kelayakan dijadualkan berlangsung di Malaysia pada 27 hingga 31 Mac 2015 akan datang.

Pasukan yang menamatkan saingan kumpulan selaku juara kumpulan akan layak secara automatik ke saingan peringkat akhir Piala AFC Bawah 23 Tahun 2016 di Qatar manakala 5 pasukan terbaik yang muncul Naib Juara kumpulan akan turut sama menyertai kejohanan ini. Pasukan Harimau Muda A pastinya akan menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri dengan memberi saingan terbaik kepada ketiga-tiga pasukan ini. Bual Sukan percaya, peluang pasukan negara melayakkan diri ke Qatar tetap ada walaupun nampak sukar berdepan cabaran Jepun dan Vietnam.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun 2016 bagi Kumpulan I melibatkan pasukan Jepun, Malaysia, Vietnam dan Macau : 

27 Mac 2015
Jepun lwn Macau
Malaysia lwn Vietnam

29 Mac 2015
Macau lwn Malaysia
Vietnam lwn Jepun

31 Mac 2015
Jepun lwn Malaysia
Vietnam lwn Macau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa