Nuffnang Ads

Jumaat, 26 Disember 2014

Bola Sepak : Juara Piala Sultan Hj. Ahmad Shah 1985 - 2014

Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah telah mula diperkenalkan di Liga Malaysia sejak tahun 1985. Pada mula ianya diperkenalkan pada tahun 1985 hingga 1992, pasukan yang muncul Juara Piala Malaysia bertemu dengan pasukan Juara/Naib Juara Liga Malaysia (bertemu pasukan Naib Juara Liga Malaysia sekiranya pasukan yang muncul Juara Piala Malaysia juga adalah Juara Liga Malaysia).

Bermula tahun 1993 hingga 2010, format perlawanan telah ditukar di mana pasukan Juara Piala Malaysia bertemu dengan pasukan Juara/Naib Juara Piala FA (bertemu pasukan Naib Juara Piala FA sekiranya pasukan yang muncul Juara Piala Malaysia juga adalah Juara Piala FA). Bermula tahun 2011 hingga kini, format perlawanan telah ditukar di mana pasukan Juara Piala Malaysia bertemu dengan pasukan Juara Liga Super Malaysia (bertemu pasukan Naib Juara Liga Super Malaysia sekiranya pasukan yang muncul Juara Piala Malaysia juga adalah Juara Liga Super Malaysia). Sepanjang 30 edisi Piala Sultan Haji Ahmad Shah diadakan, pasukan Selangor merupakan juara terbanyak iaitu sebanyak 8 kali.

Berikut adalah Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 1985 - 2014 :

Rekod

8 Kali
Selangor

3 Kali
Kuala Lumpur
Perak
Pahang

2 Kali
Perlis
Kedah

1 Kali
Johor
Singapura
Sarawak
Terengganu
Pulau Pinang
Selangor MPPJ FC
Kelantan
Negeri Sembilan
ATM FA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa