Nuffnang Ads

Khamis, 11 Disember 2014

Bola Sepak : Kumpulan Piala AFC 2015

Undian peringkat Kumpulan Piala AFC 2015 telah diadakan di Rumah AFC Kuala Lumpur pada 11 Disember 2014. 32 pasukan akan bersaing dan telah dibahagikan kepada 8 kumpulan di mana ianya dibahagikan mengizut 2 zon iaitu Zon Barat (16 pasukan) serta pasukan Zon Timur (16 pasukan). 

2 pasukan akan mewakili Malaysia iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) selaku juara Liga Super 2014 dan pasukan Pahang selaku juara Piala FA Malaysia 2014. Namun begitu, pasukan JDT FC akan bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Juara-Juara Asia 2015 bersama-sama pasukan lain dalam Piala AFC. Sekiranya pasukan JDT FC berjaya melepasi peringkat kelayakan seterusnya berjaya ke peringkat undian Kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2015, pasukan Selangor selaku naib juara Liga Super 2014 akan beraksi di kejohanan Piala AFC 2015 selaku wakil Malaysia menggantikan JDT FC.

Berikut adalah keputusan undian Piala AFC 2015 :   

Kumpulan AFC Cup 2015

Zon Barat (West)

Kumpulan A : Al-Wehdat, Al-Nahda, Al-Wahda, Pemenang Playoff 4

Kumpulan B : Al-Shorta, Al-Jazeera, Wad Alness, Pemenang Playoff 3

Kumpulan C : Qadsia SC, Arbil FC, FC Istiklol, Pemenang Playoff 1

Kumpulan D : Riffa, Kuwait SC, Nejmeh, Pemenang Playoff 2

Zon Timur (East)

Kumpulan E : Bengaluru, Persipura Jayapura, Warriors FC, Pemenang Playoff 1

Kumpulan F : Kitchee, East Bengal, Johor Darul Ta’zim FC, Belestier

Kumpulan G : Yadanarbon, South China, Global FC, Pahang

Kumpulan H : Persib Bandung, Ayeyawady United, Lao FC, New Radiant 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa