Nuffnang Ads

Jumaat, 12 Disember 2014

Bola Sepak : Laluan Pasukan JDT FC di Liga Juara-Juara AFC 2015

Pasukan Johor Darul Ta'zim FC selaku juara Liga Super Malaysia 2014 akan mewakili negara ke saingan pusingan kelayakan Piala Juara-Juara Asia 2015 akan datang. Malaysia mendapat 1 slot pasukan tetapi perlu bermain di pusingan kelayakan yang dijadualkan pada bulan Februari 2015 akan datang. 

Berdasarkan undian yang telah dikeluarkan oleh AFC, pasukan JDT FC berdepan laluan getir untuk melangkah ke Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2015 apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Bengaluru FC yang merupakan Juara Liga India pada 4 Februari 2015 di pusingan pertama. Sekiranya pasukan JDT FC berjaya melepasi halangan ini, laluan getir menanti JDT FC apabila dijadualkan bertemu dengan Bangkok Glass (Juara Piala FA Thailand 2014) di pusingan kedua pada 10 Februari 2015. Sekiranya JDT FC berjaya di peringkat ini, mereka dijadualkan bertemu dengan naib juara Liga Super China 2014, Beijing Guoan pada 17 Februari 2015. Sekiranya JDT FC berjaya di pusingan ketiga ini, mereka akan melangkah ke Peringkat Kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2015.

Semoga pasukan Harimau Selatan mampu melakar kejutan seterusnya berjaya mewakili negara dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2015 akan datang. Peminat bola sepak tanah air pastinya mengharapkan kejayaan pasukan JDT FC dalam pusingan kelayakan ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan JDT FC bagi Pusingan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 akan datang :

Pusingan Pertama :
Bengaluru FC (India) - 4 Februari 2015 - Gelanggang Sendiri
JDT FC menang 2-1

Pusingan Kedua : 
Bangkok Glass (Thailand) - 10 Februari 2015 - Gelanggang Lawan
JDT FC tewas 0-3

Pusingan Ketiga :
Beijing Guoan (China) - 17 Februari 2015 - Gelanggang Lawan
(sekiranya melepasi Pusingan Kedua)

* kemaskini pada 12 Februari 2015.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa